Friday, October 23, 2009

Bulan Sambut Hari Lahir

Hari selasa lepas pergi ke rumah Kak Ju, sambut Birthday Hanis / Baby yang berumur 3 tahun. Dalam masa terdekat ni, ada dua sambutan Hari Lahir yang bakal tiba iaitu Hari Lahir Muiz yang ke 5 tahun pada 28 Oktober nanti dan Faiz genap umurnya 3 tahun pada 5 November nanti.

Muiz dah minta macam-macam hadiah, nak pergi Gambang WaterPark lah, nak kek Ben10 lah, Kereta Controllah dan macam-macam lagi.. Nasib baik lah Faiz tak pandai minta apa-apa lagi.. Kalau tidak, pening lah kepala umminya ni. Apapun, InsyaAllah, nanti nak bawa anak-anak pergi ke Gambang Water Park sebagai hadiah untuk Muiz (semua pun dapat merasa seronok termasuklah yang menulis ni..)

Akhir sekali, Happy Birthday Buat Hanis yang semakin petah berkata-kata tu.. Bukan main seronok dia dapat hadiah basikal daripada ummi dan Abah dia. Dan yang lagi seronok, dapat banyak teddy bear..Sukanye dia...

No comments:

Post a Comment