Tuesday, October 27, 2009

Bukit Gambang Water Park

Hari Ahad lepas, kami sekeluarga dan seorang anak saudara (Abg An) pergi makan angin, berjemur di tengah panas dan bermain air di Bukit Gambang Water Park. Tak sampai satu jam pun dari rumah kami. Bayaran masuknya untuk dewasa RM 19.90 dan kanak-kanak RM 12.90. Pelampung boleh disewa.. Jangan lepaskan peluang main gelongsor tertinggi tu.. ( Siap promote lagi..)

Bukan saja budak-budak yang seronok bermain air, tapi ummi dan abinya pun seronok naik gelongsor bertingkat dan tinggi, (yang mendebarkan jantung) serta bermain ombak besar di Coco Beach. Di Penguin Park pulak, tempat khusus untuk anak-anak.

Bermacam gelagat anak-anak ni, si Faiz tak takut langsung dengan air, lain pulak dengan abangnya yang takut dengan air tu. ( takut tenggelam, padahal tak pergi tempat dalam pun..)
Tapi, walaupun takut Muiz telah berjaya naik gelongsor yang sederhana tinggi tu.

Apa yang terkilan sikit, ialah semasa tengak asyik bermain ombak, cerminmata abinya hilang dan hanyut dibawa ombak di Coco Beach.. Izzah punyalah kesian kat abinya, dia terus cakap pada guard yang ada kat situ..Tapi apa nak buat, tak jumpa. Dah tak ada rezeki, nak buat macam mana..Nampak gayanya, kena beli cermin mata baru lebih cepat daripada yang dirancanglah..

Lebih kurang 5 jam kami kat dalam tu, berpanas matahari, tapi tak terasa pun sebab asyik main air dan keadaan kat situ yang sedikit berangin. Bila dah sampai rumah, baru terasa perit kulit di pipi bila terkena air, muka dan tangan dan jadi macam bendera Pahang ( hitam putih ) terkena pancaran matahari..
Tak pelah.. yang penting anak-anak puas hati, taklah asyik sebut nak pergi dan dengar cerita dari orang lain yang dah pergi je.. Tapi apa yang pasti, diaorang semua nak pergi lagi lain kali, mungkin lepas ni pergi beramai-ramai, lebih menyeronokkan..


Buat Muiz, inilah hadiah dari ummi dan abi sempena hari jadi pada hari esok ya.. Tak de hadiah lain dah.. Kalau nak kek, yang kecik je ok..He.he.. jimat duit ummi.


2 comments:

  1. Salam Ustazah
    Baru 8 bulan berada di perantauan dah macam2 perkembangan di Kuantan. Rumah saya tak jauh dengan Gambang (Indera Sempurna), suami pun kerja kat UMP... bila tengok gambar2 di Gambang, terbayang sudah berada di sana. Terima kasih atas entri ini.. terubat sedikit rindu...:-)

    ReplyDelete
  2. Buat Nida, Oh tak sangka pulak rumah Nida dekat Gambang ye ? Memang banyak perkembangan kat sini.. Itupun masih ada lg dalam proses pembikinan.. InsyaAllah satu masa nanti blh pergi ok..

    ReplyDelete