Showing posts with label HAPPY BIRTHDAY. Show all posts
Showing posts with label HAPPY BIRTHDAY. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

SELAMAT HARI LAHIR ABI

Gambar di atas hasil kerja tangan Muiz sendiri dan diletak dalam Facebook nya

1 Mac yang lepas ialah hari abi tersayang yang ke 43. Semoga abi sentiasa mendapat rahmat kebaikan, kebahagiaan dan kesihatan selamanya.. InsyaAllah

Hari yang istimewa tu kami raikan di rumah bersama-sama. Umi masak laksa lemak yang menjadi favourite abi dan anak-anak. Dah lama tak buat, sekali buat memang puaslah makan, berselera sungguh.. Kek coklat delicious yang kecil je, menjadi pemanis mulut serta air bandung menjadi menu tengahari tu..


Thursday, February 9, 2012

HARI LAHIR YANG KE 10


kakak dengan kawan baiknya Damia di rumah semasa majlis hari jadi nya..

SELAMAT HARI LAHIR KAKAK IZZAH...

Pada 7 Februari yang lepas, genaplah umur kakak Izzah 10 tahun..
Harapan ummi dan abi supaya kakak akan menjadi contoh terbaik buat adik-adik. Jadi anak solehah, berjaya dan berjasa suatu hari nanti.. InsyaAllah..

Tuesday, April 26, 2011

Hari Ulangtahun Ma

We LOVE ma

Bertuah dan bersyukur rasanya, dapat meraikan hari ulangtahun ma yang ke 62 pada 24.4 yang lalu.. Ma yang terlupa tarikh lahirnya pada hari tu, nampak ceria dan gembira bila seorang demi seorang anak-anak nya mengingati dan mengucapkan selamat hari lahir buatnya melalui sms dan telefon. Pada sebelah petangnya, ma nampak semakin ceria, bila kami adik beradik (K.Ju, Tie dan Yin) buat sedikit makan-makan buat ma di samping cucu-cucunya sebagai penambah keceriaan.. Menu utamanya ialah mi kari dan sudah tentulah kek yang menjadi kegemaran ramai, Pandan Layer Cake..

** Walaupun Dik, Kak, Min dan Apis yang tak dapat balik, tapi ma cakap, dia tetap gembira kerana ma tahu, anak-anaknya sentiasa mengingatinya dan ma cuma inginkan anak-anak mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ma agar ma dapat beribadat dengan tenang dan ma juga sentiasa mendokan kita semua agar berbahagia dan tabah dalam kehidupan ini.. Kalau anak-anak gembira dan bahagia, ma pun lebih-lebih lagi bersyukur dan gembira.. Itulah besarnya kasih sayang ma..

Doa untuk ibu (Ungu)

Kau memberikanku hidup
kau memberikanku kasih sayang
tulusnya cintamu, putihnya kasihmu
takkan pernah terbalaskan
hangat dalam dakapanmu
memberikan aku kedamaian
eratnya pelukmu, nikmatnya belaimu
takkan pernah terlupakan

oh ibu, terima kasih
untuk kasih sayang yang tak pernah usai
tulus cintamu takkan mampu
untuk terbalaskan

oh ibu semoga tuhan
memberikan kedamaian dalam hidupmu
putih kasihmu kan abadi
dalam hidupku







Tuesday, February 8, 2011

Hari Ulangtahun Bersama Keluarga

Hari Jumaat lepas, kami buat sambutan Hari Ulangtahun kakak Izzah yang ke 9..Walaupun tarikh lahir sebenar ialah pada 7 haribulan 2, tapi keraian ini diawalkan sebab kebetulan cuti Hari Raya Cina, jadi ramai berkumpul di rumah nenek pada hari tu..

Gambar-gambar yang 'tak clear' di bawah sebagai kenang-kenangan..

Gaya 'cute' anak-anak..

Kek yang dibeli ni tak banyak pilihan dah, sebab kedai lain tutup..

Potong kek dengan umi

Antara hadiah nya
Nak tengok kakak Izzah buka hadiah

Kak Izzah suka sangat dapat semua hadiah ni..

Sungguh meriah dan seronok sangat terutama anak-anak.. Dan pada hari tu juga, Muiz dah berjaya tidur di rumah nenek tanpa umi dan kakak.. Dia tak sabar nak tunggu cuti sekolah, boleh tidur dengan abang Afnan kat rumah nenek lagi..

Happy Birthday Izzah.. Semoga jadi anak yang solehah dan contoh buat adik-adik..

Monday, January 3, 2011

2 JANUARI 2011

Terima kasih ma..

Sempena ulangtahun kelahiran Tie yang ke 34 pada 2 Januari lepas, kami sempat bergambar sambil makan mi soto di sebelah petang dan pizza dan kek di sebelah malam..Terima kasih ma diatas segala-galanya.. perhatian, pendidikan, panduan dan nasihat serta kasih sayang yang tak ternilai, dari kecil hingga seusia sekarang..
Terima kasih buat Izzah dan Muiz yang buat kad Birthday untuk umi.. Buat Abi, terima kasih belanja Pizza.. Terima kasih juga buat Kak, Min, Yin, Dik dan Yan, Serta kawan-kawan yang mendokan dan memberi ucapan SMS dan dalam Facebook.. Kalian semua menjadikan diri ini amat berbahagia ...

Kek yang murah je..Sekadar nak makan dgn anak-anak..

Bersama CikPis dan Ajiq

Saturday, November 6, 2010

Happy Birthday..

Happy Birthday buat anak-anak tersayang, Muiz pada 28.11.10 genap berumur 6 tahun dan Faiz pada 5.11.10. 4 tahun. Semoga menjadi anak yang soleh dan jadi kebanggaan Umi dan abi suatu hari nanti..


Happy familiy di Esplaned Temerloh...

Monday, April 26, 2010

Selamat Hari Ulangtahun Ma

Hari Sabtu lepas, bersamaan 24 April adalah Hari Ulangtahun Ma tersayang. Hari tu juga adalah hari yang sangat meriah kerana berkumpulnya kami semua adik beradik. Jarang dapat berkumpul semua macam ni...

Moga ma dilimpahi kesihatan yang baik dan berbahagia bersama anak-anak dan cucu-cucu yang dikasihi dan akan mendapat keberkatan yang berpanjangan..InsyaAllah.

Dua orang menantu ma tiada dalam gambar (abg Zul dan Abg Ari)
Kalau termasuk cucu-cucu nenek yang dah besar, tentu tak muat gambar ni..

Budak-budak yang tak sabar nak makan kek nenek

Banyak betul Muiz dan Izzah makan kek hari tu,
baru kurang demam, selera pun bertambah..

Cucu nenek pun tumpang seronok tengok nenek dapat hadiah

Cup Cake yang dah nak abis..


**Lambat sikit update cerita ni, acu dan Yan dah siap dulu...

Thursday, February 11, 2010

Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Yang Ke - 8

Tengok gambar je lah, malas nak cerita panjang..

Photo Frames. Happy Birthday

Kek mocca coklat

Sebahagian daripada hadiahnya..

makan, jangan tak makan...

tak sabar nak makan kek

Lambatlah kakak ni potong kek..

mmm sedapnya..