Bunga telur yang telah siap untuk diberikan pada kawan Izzah dan sepupunya. (Telur tu Izzah dan Muiz rebus dan warnakan sendiri, ada yang pecah sikit, dan warnanya bertompok-tompok. Tak pe lah, yang penting puas hati..)
Seperti yang dijanji dan dihajatkan oleh Abi Izzah, kami buat pulut kuning untuk dihantar ke Maahad Tahfiz Al-Amin Kg Berhala Gantang, Temerloh dan menjamu lebih kurang 70 orang pelajar sempena Khatam Al-Quran. Ditambah dengan sedikit bunga telur untuk diberi kepada kawan-kawan Izzah dan sepupu-sepupunya yang datang ke rumah.. Alhamdulillah, telah dilaksanakan pada hari ahad lalu.
Wan dan abinya lah yang banyak menolong Tie di dapur menyediakan pulut kuning dan rendang ayam.. Izzah tentunya seronok dan ucapkan terima kasih buat semua yang menolong dan sudi datang makan terutamanya nenek, Mak tam sekeluarga, Mak de sekeluarga, Cik Pis, mamak sekeluarga, dan Mak teh sekeluarga. Buat jiran-jiran terdekat pun dapat merasa.
Mungkin berkat daripada niat kita yang elok, untuk majlis khatam al-Quran dan menjamu makan dalam 70 orang, rupanya lebih ramai lagi dapat merasa.. Alhamdulillah..
Di bawah ada beberapa keping gambar yang diambil untuk menghiasi blog ni.

Salam
ReplyDeleteTahniah buat Izzah dan Muiz kerana berjaya merebus dan mewarnakan telur sendiri. Usaha yg kecil namun kepuasan yang berlipat ganda... semoga menjadi anak2 yang sentiasa menggembirakan hati abah dan ummi.... :-)