Tuesday, November 6, 2012

Kemeriahan Aidil Adha

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum.. 
Alhamdulillah, hari ni berkesempatan menulis blog yang dah sekian lama ditinggalkan.

Kali  ni nak masukkan gambar-gambar kenangan semasa Hari Raya Qurban yang lalu. Sangat meriah hari raya kali ni kerana adik-beradik dan ma tersayang dapat berkumpul bersama di rumah kami. Lebih istimewa lagi pada hari raya kedua tu buat majlis hari jadi Muiz.












Thursday, August 23, 2012

Aidil Fitri 2012

Bismillahirrahmanirrahim... dan Assalamualaikum serta Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Sudah lama tak menulis di blog ni kerana kongkongan masa dan kurang mood untuk menulis. Alhamdulillah, kali ni dapat luangkan sikit masa untuk menulis dan masukkan gambar-gambar sempena Hari Raya Aidilfitri, (yang diambil pada hari raya pertama yang lalu). Hari-hari yang lain tak berkesempatan untuk ambil gambar.

                  
                                   Hamper raya.. Hadiah untuk Muiz yang rajin bertadarus al-Quran..

Bergambar di rumah sebelum pergi beraya




Bersama anak saudara, kakak-kakak ipar dan mak

Baru dapat bergambar satu Family kami..


Bersama kenalan Facebook, Fidah

Terkilan sikit sebab tak ada gambar bersama ma tersayang dan adik beradik di Hari Raya.. Tapi tetap gembira sebab dapat berkumpul semua adik beradik dan sempat pergi beraya di  Jerantut, Kampung arwah bak yang dah lama tak dikunjungi.. Dapatlah berjumpa sanak saudara di sana..Alhamdulillah..

Monday, June 4, 2012

Jalan-jalan jimat belanja









Assalamualaikum, sudah lama tak bercerita di dalam blog ni.. Kali ni nak cerita fasal cuti sekolah. Dah berakhir seminggu cuti sekolah. Anak-anak lah yang paling seronok, tapi tak best dan kesian juga tengok mereka asyik terperap di rumah. Kami berkesempatan jalan-jalan sambil mandi manda di sungai Lubuk Ujid di Maran, air nya jernih tapi menderu laju, dan terdapat batu-batu yang cantik. Kami pilih tempat yang tak ada orang supaya dapat mandi dengan seronok dan bergambar sakan.. Anak-anak puas hati dapat mandi dan umi abi pun gembira dapat bawa anak-anak jalan-jalan sambil jimat berbelanja dan jmat masa perjalanan..





Ini pula gambar masa jalan di Esplanade Temerloh, lagilah jimat sebab dekat je dengan rumah. Tapi hajat nak naik jambatan gantung tu tak kesampaian sebab malas menunggu giliran ramai orang, lagipun Faiz meragam nak pergi ke arah tebing sungai tu.. Yang nak naiknya ramai, tapi kena lepaskan dua- dua orang kemudian dah seberang sana kena tunggu giliran untuk balik ke seberang sini pulak.. Kalau pergi waktu orang tak ramai, best ni.. InsyaAllah, lain kali nak juga berkongsi pengalaman naik jambatan gantung tu..

Sunday, May 13, 2012

Hukum merayakan Hari Ibu

Setiap hari adalah hari ibu.. Doaku semoga ma mendapat keberkatan dan kebahagiaan selamanya..
Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?
 Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.
  Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.
 Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.
 Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.
 Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.
 Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.

Monday, April 23, 2012

Imbas Kenangan Bersama Si Rabbit

 Letak dalam bakul je, hantar ke rumah pak cik penjual arnab

Dalam sangkar di rumah tuan baru 

Lepas ni, entah bila lah pulak dapat makan kari arnab..

mmm rindulah nak belai arnab, huhu..

Paling comel.. Ambil gambar sebelum dijual ke tuan baru..


Arnab terakhir sebelum dijual

Sudah sebulan kami berhenti pelihara arnab. Seminggu dua selepas ketiadaan arnab tu memang terasa sangat. Maklumlah, pandang keluar rumah nampak arnab dan selalu membelai bulunya yang gebu tu selain memberi makan dan minum..
Sekarang pandangan ke luar rumah nampak kosong dan sunyi tanpa kelibat arnab yang melompat dan berlari..

Tapi bila difikir-fikirkan sekarang, keputusan yang kami buat tu memang tepat dan banyak hikmah serta kebaikannya..
Kalau dulu setiap pagi dan petang akan membersihkan rumah arnab, cari sayur kangkung di kebun, beli seguni pellet arnab sebulan sekali, dan kalau ada baby rabbit, kena pengang ibu rabbit untuk menyusukannya, dan banyak lagi perkara yang remeh berkaitan arnab..

Tapi sekarang, masa lebih banyak dihabiskan bersama keluarga di rumah. Lebih-lebih lagi, sekarang mak tak sihat. Kami bergilr-gilir menjaga mak, dan berulang-alik ke pondok Darul Izzah..

Lagi satu perkara, rumah kami sekarang semakin kemas dan teratur, dinding rumah berkilat seperti baru dicat.. Bukan nak kata apa, sekarang kerja-kerja rumah yang jarang dibuat, boleh buat tiap-tiap minggu sambil bergotong royong bersama tanpa memikirkan hal arnab lagi.

Memang keputusan kami melepaskan satu tanggungjawab memelihara arnab dulu adalah tepat untuk menyelesaikan tanggungjawab yang besar dan lebih penting lagi .. Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik keputusan itu..

Friday, March 23, 2012

KENDURI KESYUKURAN DAN AQIQAH AFFAN

Inilah dia Affan yang comel

Pada cuti sekolah yang lepas, Tie bersama keluarga berkesempatan hadir ke majlis keyukuran dan aqiqah anak saudara ku Affan di rumah baru mereka, Sungai Buloh Country Resort. Majlis juga diserikan dengan acara selawat dan maulid bersama Inteam dan kumpulan Mawlid serta kehadiran tetamu istimewa iaitu Habib Ali daripada Indonesia. Alhamdulillah, kenduri tersebut meriah dengan kehadiran ramai tetamu dan gembira dapat berkumpul adik beradik serta saudara-mara. Pada malam tu juga diadakan bacaan yasin, tahlil dan solat berjemaah. Harapan semoga majlis tu mendapat keberkatan dan rahmat, InsyaAllah..

Gambar-gambar kenangan pada malam yang barakah..

Jamuan makan selepas solat maghrib dan bacaan yasin

Muiz dan Afnan berselera makan, lepas makan bagi goody bag pada tetamu..

Sebelum acara selawat dan maulud, tuan rumah (Amin Inteam) memberi ucapan ringkas

Kelihatan semua tetamu khususnya anak-anak asyik mendengar merdunya alunan zikir dan selawat..

Persembahan Inteam dan Mawlid
Kelihatan ruang bawah di penuhi dengan tetamu muslimin..
Tak kelihatan di atas, tetamu muslimah dan di luar juga penuh dengan tetamu..

Yang paling seronok, anak-anak dapat join main alat-alat percussion tu..