Monday, April 23, 2012

Imbas Kenangan Bersama Si Rabbit

 Letak dalam bakul je, hantar ke rumah pak cik penjual arnab

Dalam sangkar di rumah tuan baru 

Lepas ni, entah bila lah pulak dapat makan kari arnab..

mmm rindulah nak belai arnab, huhu..

Paling comel.. Ambil gambar sebelum dijual ke tuan baru..


Arnab terakhir sebelum dijual

Sudah sebulan kami berhenti pelihara arnab. Seminggu dua selepas ketiadaan arnab tu memang terasa sangat. Maklumlah, pandang keluar rumah nampak arnab dan selalu membelai bulunya yang gebu tu selain memberi makan dan minum..
Sekarang pandangan ke luar rumah nampak kosong dan sunyi tanpa kelibat arnab yang melompat dan berlari..

Tapi bila difikir-fikirkan sekarang, keputusan yang kami buat tu memang tepat dan banyak hikmah serta kebaikannya..
Kalau dulu setiap pagi dan petang akan membersihkan rumah arnab, cari sayur kangkung di kebun, beli seguni pellet arnab sebulan sekali, dan kalau ada baby rabbit, kena pengang ibu rabbit untuk menyusukannya, dan banyak lagi perkara yang remeh berkaitan arnab..

Tapi sekarang, masa lebih banyak dihabiskan bersama keluarga di rumah. Lebih-lebih lagi, sekarang mak tak sihat. Kami bergilr-gilir menjaga mak, dan berulang-alik ke pondok Darul Izzah..

Lagi satu perkara, rumah kami sekarang semakin kemas dan teratur, dinding rumah berkilat seperti baru dicat.. Bukan nak kata apa, sekarang kerja-kerja rumah yang jarang dibuat, boleh buat tiap-tiap minggu sambil bergotong royong bersama tanpa memikirkan hal arnab lagi.

Memang keputusan kami melepaskan satu tanggungjawab memelihara arnab dulu adalah tepat untuk menyelesaikan tanggungjawab yang besar dan lebih penting lagi .. Alhamdulillah, ada hikmah di sebalik keputusan itu..

No comments:

Post a Comment