Friday, March 23, 2012

KENDURI KESYUKURAN DAN AQIQAH AFFAN

Inilah dia Affan yang comel

Pada cuti sekolah yang lepas, Tie bersama keluarga berkesempatan hadir ke majlis keyukuran dan aqiqah anak saudara ku Affan di rumah baru mereka, Sungai Buloh Country Resort. Majlis juga diserikan dengan acara selawat dan maulid bersama Inteam dan kumpulan Mawlid serta kehadiran tetamu istimewa iaitu Habib Ali daripada Indonesia. Alhamdulillah, kenduri tersebut meriah dengan kehadiran ramai tetamu dan gembira dapat berkumpul adik beradik serta saudara-mara. Pada malam tu juga diadakan bacaan yasin, tahlil dan solat berjemaah. Harapan semoga majlis tu mendapat keberkatan dan rahmat, InsyaAllah..

Gambar-gambar kenangan pada malam yang barakah..

Jamuan makan selepas solat maghrib dan bacaan yasin

Muiz dan Afnan berselera makan, lepas makan bagi goody bag pada tetamu..

Sebelum acara selawat dan maulud, tuan rumah (Amin Inteam) memberi ucapan ringkas

Kelihatan semua tetamu khususnya anak-anak asyik mendengar merdunya alunan zikir dan selawat..

Persembahan Inteam dan Mawlid
Kelihatan ruang bawah di penuhi dengan tetamu muslimin..
Tak kelihatan di atas, tetamu muslimah dan di luar juga penuh dengan tetamu..

Yang paling seronok, anak-anak dapat join main alat-alat percussion tu..


2 comments:

  1. Syukur, sbb kak sempat jg turut sama dlm majlis tu..tp sekejap sgt kita dpat jumpa ye ati..:)

    ReplyDelete
  2. ye lah kak, jumpa sekejap je.. Ati tak sempat nak berbual dengan kak. Sibuk dengan Faiz.. Tak pe lah kita selalu berhubung dalam fb dan baca blog kak pun dah terasa dekat je kan...InsyaAllah jumpa lagi nanti.

    ReplyDelete