Hari Selasa baru ni, ada sukaneka khas untuk anak-anak yang mengikuti terapi carakerja di Jabatan Rehabilitasi Hoshas Temerloh. Tie tak ketinggalan bawa Faiz utuk sertainya, tujuan sukaneka tu adalah untuk meraikan para pelatih daripada UITM yang dah tamat praktikalnya. Selain daripada tu, untuk melatih anak-anak ini bersosial, bergaul dengan orang lain dan belajar mengikut arahan untuk menjayakan acara sukan tersebut. Faiz adalah peserta yang termuda, dan kurang sikit tumpuannya, jadi dah tentulah ada jurupulih yang membawanya untuk sertai sukan secara berkumpulan tu. Mula-mula datang tu, Faiz menangis tak mahu sertai acara tu. Mujur akhirnya, selepas puas dipujuk dia boleh sertai kawan-kawan yang lain. Untuk menjadikan acara sukaneka tu bertambah meriah, abang atau kakak peserta turut bermain bersama..
Selepas sedikit senaman ringan, acara sukaneka dimulakan dengan boling padang.. Masa tu, Faiz bolehlah ikut dengan baik lagi. Selepas tu, acara bawa bola dalam sudu, Faiz sorang je pegang dengan tangan, kawan-kawan lain, gigit sudut tu. Masa acara kerusi berirama, Faiz dah malas nak join kawan-kawanya, dia buat hal sendiri. Tapi selepas dipimpin oleh kakak-kakak jurupulih tu, dia pun ikutlah juga.. Yang paling mencuit hati ialah masa mereka menari tarian Chicken Dance, semua ceria dan gembira.. Abang Muiz pun suka sangat dapat sertai sama acara tu.. Selepas ni, kalau ada acara macam ni lagi, bolehlah bawa Faiz, untuk membiasakan dia berhubungan dengan rakan sebaya dan mengikut arahan dalam pelbagai acara. Akhir sekali semua yang menyertai sukaneka tu dapat hadiah / cenderamata dan selepas jamuan ringan, kami bersurai..
Bergambar beramai-ramai sebelum balik..
Faiz memang suka main alat ni, macam buai.. Tapi sebenarnya ni adalah alat senaman terapi
Muiz bersama kumpulannya
Faiz bersama kawan dalam kumpulannya
Muiz bawa bola pingpong dalam sudu..
Suka sangat tengok gelagat kawan-kawan lain tengah main..
Faiz baling bola, dapat menumbangkan 3 botol..
'Chicken dance'
Tinggal berdua je abang dengan kakak tu.. Tapi akhirnya, abang tak dapat kerusi..
Music Chair
Suka sangat abang Muiz
'Tarian 'Chicken Dance'
Acara kerusi berirama.. Faiz tak reti nak rebut kerusi tu..
Beratur nak terima cenderamata ( yang duduk depan Faiz tu, Irfan umurnya 6 tahun, kecik dan comel je..)
Faiz duduk di tengah bulatan sedang buat aktiviti bebas..
Wah..berwajah baru blog ati..cantik..
ReplyDeleteMaklong tgk Faiz kat dlm gambar tu..mcm budak bijak sgt..Alhamdulillah, boleh sama2 join sukaneka dah dia ye..:)Teruskan usaha Faiz..malah Umi,Abi, kakak dan abg Muiznya pun sama membantu..baguslah..:)
Terima kasih kak.. Berkat doa semua, semoga Faiz bertambah baik dari segi perkembangan interaksi dan pergaulannya.. Tahun depan ni nak masuk pra dah..
ReplyDelete