mandi manda di swimming pool..
Main air di coca beach sebelum pelampung hilang
Kami pergi ke Gambang Water Park ni minggu pertama cuti sekolah.. Tapi baru hari ni berkesempatan nak upload gambar.. Ini sebenarnya adalah permintaan kakak Izzah nak ke sana sebelum dia pergi ke Kem Hafazan di Maahad Tahfiz Al-Amin bermula pada 26.11 hingga 10hb 12 ni.. Perancangan awalnya nak pergi beramai-ramai, tapi oleh sebab yang tak dapat dielakkan, maka akhirnya kami bertiga beranak je yang dapat pergi.. Seronok tu tetap seronok tapi kuranglah meriahnya, berbanding kalau pergi beramai-ramai.. Pada mulanya, budak berdua tu main air, Tie keseorangan menunggu di tepi.. Tapi akhirnya, Tie pun ikut samalah budak berdua tu bermain air.. Sebenarnya, ni dah kali ketiga kami ke sana.. Tapi tetap tak menjemukan budak berdua tu..
Semasa kami di sana, pelampung kami hilang, diambil oleh orang yang tak bertanggungjawab.. Masa tu kami nak naik slide tinggi yang family tu, tinggalkan pelampung sekejap di bawah.. Oleh sebab kami pergi bertiga je, jadi tak ada siapalah yang nak tolong tengokkan pelampung kami.. Slide family tu pulak kena beratur panjang, jadi lamalah nak tunggu turn kami.. Tapi tak kisahlah, mujur Izzah dan Muiz dah naik slide yang lain tu berdua, dan dah puas duduk atas pelampung bermain ombak sampai ke tengah coco beach tu.. Teringat pulak masa pergi kali pertama dulu, lagilah kesian kat abinya, hilang cermin mata di Coco Beach.. Betullah, malang tak berbau, bagi sesiapa yang pergi nanti, jagalah pelampung tu jangan sampai diambil orang, kalau tidak saja je, burn RM 8 depositnya.. Tapi lepas tu Tie sewa satu lagi pelampung yang single je, sebab kesian kat budak berdua tu tak puas main air.. Sebenarnya, Tie pun tak puas juga sebab pelampung hilang sebelum sempat naik gelongsor tinggi dan gelap tu..
Akhirnya selepas puas main air, daripada pukul 10 pagi sampai pukul 4.30 petang, baru kami bersiap untuk balik..
Gambar riang ria anak-anak bermain air..
Bestnya..rugi betul tak dapat pergi hari tu..huhu Maaf sgt ye, Muiz dan Izzah..sbb Isya x jadi pergi. Lain kali lah kita janji pergi ramai2 ye..
ReplyDeleteTak pelah, InsyaAllah lain kali kita pergi ramai-ramai.. Tak dapat ke situ, tempat lain pun tak pe juga..
ReplyDelete