Wednesday, October 12, 2011

Naik Bot di Taman Bandar Temerloh

Hari minggu lepas, anak-anak berpeluang naik bot kayuh di Taman Bandar / Taman Tasik Temerloh.. Sebelum ni kami kerap ke sana, tapi tak pernah pun naik bot keliling tasik tu..

Bayarannya RM 5.oo untuk setengah jam.. Mula2 bot yang Izzah dan Muiz naik tu rosak.. Tak boleh nak pusing kiri dan kanan, sampai sakit-sakit tangan Izzah nak memusingnya, tapi tak boleh. Sementara tunggu bot lain yang elok, abinya mencuba naik bot yang rosak tu..Memang tak boleh pergi jauh dan susah nak pusing. Kami kena tunggu beberapa minit nak tukar bot yang lain sebab bot habis. Selepas tukar bot yang lain, barulah dapat sampai ke tengah dan boleh pergi jauh sikit.. Tapi abinya tak bagi pergi terlalu jauh, sebab takut tersadai di tengah-tengah tasik kerana keletihan mengayuhnya.. Satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan anak-anak dan nak naik lagi lain kali..

** Selepas ni, kalau nak naik, hati-hatilah supaya tak dapat bot yang rosak lagi..

Ini bot yang rosak..

Dah sampai ke tepian


1 comment:

  1. Wah..bestnya Izzah ngan Muiz naik bot..Faiz tak nangis ke nak naik sama? Nampaknya lainkali Maklong nak try jg lah naik..hehe..

    ReplyDelete