Friday, October 28, 2011

Cerita Terbaru Rabbit Farm


Sudah sebulan kami letak papan tanda Arnab untuk dijual dan Rabbit Farm. Alhamdulillah, sambutan yang menggalakkan.. .Yang terbaru, 10 ekor induk betina dan 17 ekor anak arnab telah dijual kepada seorang kenalan yang juga bakal menjadi penternak dan penjual arnab.. Sebelum ni, dia sudah pelihara dan jual arnab baka luar negara seperti anggora, lion head dan teddy bear, tapi disebabkan baka tu mahal dan dia dapat permintaan daripada pelanggan yang nak kan baka tempatan, jadi dia beli arnab kami untuk dibuat baka dengan harga borong.. Kami pun jual padanya, memandangkan arnab kami dah membiak banyak dan nak kurangkan sikit kuantiti arnab tu, jadi kami bersetuju untuk jual dengan harga borong.

Permintaan daripada pembeli yang nak beli arnab sepasang pun ada, nak seekor ibu pun ada.. Dan yang terbaru, arnab yang baru berumur seminggu pun dah ada yang booking..
Anak-anak pun dah okey masa ni, kalau ada orang yang datang nak beli, dia orang akan bagi je yang mana-mana pun.. Mungkin sebab dah lama bela arnab ni, dah ada perasaan jemu agaknya.. Kalau dulu, orang nak yang ni, sayang nak yang tu, sayang..habis yang mana satu nak jual? Lagipun anak-anak gembira kalau dapat duit dari hasil jualan arnab, mesti ummi belanja beli itu ini, tu yang seronok agaknya.. Tapi ummi lah yang tak best, tak dapat nak menyimpan..Tak pe lah yang penting semua happy, dan InsyaAllah pendapatan dari hasil jualan arnab ni akan berterusan walaupun sedikit.. Sekarang memang nampak kurang dah arnab dalam rabbit farm kami, tapi tak lama lagi membiak banyak lah pulak..

Dah panjang cerita, kita tengok gambar pulak..


Nampak semakin berkurangan dah arnab kami..
Rabbit bersantai selepas breakfast

Putih tompok tu tidak dijual.. tuan rabbit farm punya...
baru seminggu dah ada yang booking..

Ambil gambar dulu sebelum tuan baru datang ambil

No comments:

Post a Comment