Saturday, January 9, 2010

Speech Therapy

Hari Khamis lepas, bawa Faiz ke Hospital Temerloh untuk terapi pertuturannya. Kali pertama bawa ni, dia tak berapa nak ikut arahan lagilah. Masih malu-malu dan takut sikit. Tapi mujurlah dia tak menangis..

Di sini, Tie ada beberapa maklumat untuk diingati dan berkongsi bersama.

Apa itu Terapi Pertuturan Kanak-kanak ?

Ia merupakan satu program yang dijalankan oleh Terapis Pertuturan bertauliah untuk meningkatkan kemahiran bahasa, pertuturan dan komunikasi di kalangan kanak-kanak.

Perkhidmatan Terapi Pertuturan melibatkan :
* Stimulasi bahasa iaitu meningkatkan kemahiran pra-pertuturan, kemahian pemahaman
bahasa & kemahiran penggunaan bahasa.
* Latihan oro-motor
* Modifikasi tingkah laku
* Terapi bahasa bagi masalah bahasa yang khusus
* Terapi suara
* Terapi menelan
* Terapi kelancaran pertuturan (gagap)
* Program Komunikasi Alternatif bagi pesakit yang tidak boleh berkomunikasi secara lisan.

Tanda-tanda Masalah Pertuturan
1. Bayi yang terlalu diam
2. Kanak-kanak 1 tahun yang TIDAK MENOLEH apabila namanya dipanggil
3. Kanak-kanak yang sudah berumur 2 tahun, tetapi masih belum memanggil 'mama' atau 'papa'.
4. Kanak-kanak berumur 3 tahun yang belum bercakap 2-3 perkataan dalam satu ayat.
5. Kanak-kanak berumur 4 tahun yang belum menggunakan ayat yang panjang.
6. Kanak-kanak berumur 5 tahun yang belum pandai bercerita tentang sesuatu topik.
7. Pertuturan yang sukar difahani oleh orang luar.
8. Kemahiran bertutur semakin merosot dari masa ke semasa.
9. Mempunyai masalah dalam menyatakan perasaan/kehendak secara lisan.

Peranan Ibubapa Dalam Menangani Masalah Bahasa & Pertuturan Kanak-Kanak.
* Sentiasa berbual dengan anak tentang apa yang sedang dilakukan dan apa yang dilihatnya.
* Luangkan masa untuk mendengar perbualan anak dan beri respon yang bersesuaian.
* Terima kesilapan dalam pertuturan anak berpandukan norma perkembangan bahasa yang sesuai.
* Bawa anak menjalani pemeriksaan telinga jika anda kerap kali perlu mengulang dan bercakap kuat untuk mendapatkan perhatiannya.
* Umur 0-3 tahun adalah jangkamasa kritikal unutk pemerolehan bahasa dan pertuturan.
* Jika anda mengesyaki anak anda mengalami masalah bahasa & pertuturan, berhubunglah dengan terapis pertuturan yang bertauliah. Jangan bertangguh lagi!.

Profesional yang terlibat dalam mengendalikan kanak-kanak bermasalah pertuturan bahasa ialah :
- Pakar kanak-kanak
- Pakar Otorinolaringologi
- Pakar Psikiatri dan Psikologis
- Audiologis
- Terapi Pertuturan Bahasa
- Guru Pendidikan Khas

PENCEGAHAN AWAL, MEMBANTU KOMUNIKASI YANG LEBIH BERMAKNA

Di sini, Tie merasa sangat-sangat bersyukur pada Allah di atas ujian yang kecil ini. Semenjak ulang-alik ke hospital ni, Tie dah jumpa bermacam masalah anak-anak yang lebih berat lagi daripada kes Faiz ni.. Hospital pun dekat dengan rumah, jadi tak ada masalah untuk menggunakan kemudahan yang sedia ada ni, dan mendapatkan rawatan yang terbaik untuknya..

No comments:

Post a Comment