Selepas seminggu bersekolah, semalam Muiz baru dapat buku. Bukan main excitednya dia. Terus suruh sampulkan bukunya dan tulis nama. Ada 13 buah buku kesemuanya.. Memang bagus sistem pembelajarannya. Banyak ilmu yang dibekalkan buat pelajar-pelajar PASTI ni. Sukatan pembelajarannya tak dapat di mana-mana pra sekolah yang lain. Ini lah yang terbaik, bagi pendapat Tie lah..Tengok je lah jadual di bawah, merangkumi semua aspek pendidikan..
BIDANG PENGAJIAN |
UNSUR TARBIYAH | BIDANG ILMU | KOMPONEN MATAPELAJARAN |
Penekanan 5 unsur Tarbiyah : 1. Tarbiyah Imaniyyah (Aqidah) 2. Tarbiyah Ruhiyyah (Ruh) 3. Tarbiyah Khuluqiah (Akhlak) 4. Tarbiyah Aqliah (Intelek) 5. Tarbiyah Jasadiah (Jasmani) | Merangkumi 4 bidang ilmu : 1. Ilmu Fardhu Ain 2. Ilmu Fardhu Kifayah 3. Ilmu Alat 4. Sumber Ilmu | Merangkumi : 1. Bahasa Melayu 2. Bahasa Inggeris 3. Bahasa Arab 4. Jawi 5. Matematik 6. Sains Sosial & Pembangunan Insan 7. Al Quran 8. Peribadi Muslim 9. Pra Penulisan 10. Pengenalan Asas Komputer |
Alhamdulillah, sekarang Muiz rajin dan bersemangat nak ke sekolah. Tak macam 5 tahun dulu, ada je alasannya.. Kalau boleh tiap-tiap hari nak buat latihan dalam bukunya tu. Tapi, buku-buku tu semua, akan ditinggalkan disekolah. Sebab mungkin muallimah nya dah tahu, kalau dibawa balik, mesti budak-budak tu nak buat di rumah masing-masing..
Ok lah stop dulu, nak masak dan ambil Muiz dari sekolah..
SALAM MACAM2 YANG DIAJARKAN DISINI....
ReplyDeleteMemang betul.. Hadis Nabi, hafazan surah2 dan pelbagai doa yang diajar dan dihafal.
ReplyDelete