* yoyon - seven * papan - lapan
Pada musim cuti sekolah ni, kita kena pandailah mengatur jadual seharian anak-anak. Ada masa bermain, belajar dan kadang-kadang tu, bawa pergi jalan-jalan supaya masa lapang anak-anak tu terisi dengan kerja yang berfaedah dan yang penting, diaorang tak boring duduk di rumah je..
Jom tengok, apa yang Izzah, Muiz dan Faiz buat sepanjang cuti sekolah ni..
1. Izzah, suka main 'cikgu-cikgu' dengan Muiz dan menyoal Faiz sambil bermain puzzle ABC dan 123.
2. Bermain dan bagi makan dan minum arnab-arnab nya
3. Main game internet atau PS2 di rumah alongnya
4. Sebelah malam, Izzah buat latihan untuk darjah 2 dan Muiz kena habiskan buku latihan 5 tahun.
5. Faiz pulak, sehariannya dihabiskan dengan mengeja, pantang terjumpa apa-apa barang yang menarik, mesti dia nak eja. Dan kalau bermain mesti sambil mengira 123. (tengoklah video yang melompat atas katil tu.)
6. Hari Isnin lepas, tidur di rumah nenek. Lepas ni, mungkin beberapa kali lagi nak tidur di rumah neneknya. Maklumlah, nak balik kampung, tak de kampung..
7. Hari ni, Izzah pergi ke Kem Hafazan dan Keunikan Al-Quran di sekolah abinya. Sekadar menumpang je.. Ada masa free, abinya akan hantar ke Kem tu.
Salam Kak Tie...
ReplyDeleteCuti sekolah ni tak kemana ke? Pandai akak mengatur jadual untuk anak2.. :-)
Nida..
ReplyDeleteCuti sekolah ni banyak duduk kat rumah je, melayan kerenah anak2. Insyaallah nak juga ke Kuantan dan KL, rumah akak dan adik, tapi belum confirm lg bila.
salam...comei arnab tu...
ReplyDeleteTie..
ReplyDeleteCuti pasti bermakna utk anak-anak dgn aktiviti2 berfaedah..