Permata pada ayahbonda, Sinaran bahagia membawa ke syurga, Bersyukur kepada Yang Esa, Atas anugerah nikmat dan rahmatNya, Bentuklah mereka sedari kecil, Taati ajaran agama, Anak yang soleh harta berharga, kenang kita dalam doanya..
Friday, December 11, 2009
AKSI 'STUNT KID'
AMARAN : Jangan tiru aksi ini !
Inilah aksi nakal Faiz ala-ala Stunt Kid tu.. Aksi nilah yang membuatkan Ummi dan abinya risau akan keselamatannya. Aksinya juga menjadi ikutan pada abangnya pulak. Semakin ditegur dan dilarang, makin dibuatnya...
Ketinggian pagar tu ke bawah lebih kurang paras dada orang dewasa. Hanya Allah swt sebagai pelindung dan penyelamatnya..
Faiz memang suka buat perkara yang tak pernah terfikir oleh kanak-kanak seusianya.. Dia sangat berani, dan tak memikirkan bahaya yang akan menimpanya..
Pernah beberapakali dia berjalan seorang diri sampai ke tepi jalan raya. Waktu tu, punyalah berdebar rasa hati ni.
Cuma, Faiz ni takut sungguh bila dalam gelap. Menangislah dia. Ingat lagi minggu lepas, sampaikan sanggup dia tidur di dalam kereta (pasang lampu kereta) ketika 'black out' semasa bermalam di rumah neneknya..
Selepas ni, Umminya ni tak boleh terlalai walaupun sekejap. Kalau Faiz tak ada di sisi mesti pastikan di mana dia berada.. Kalau malas nak jaga, duduk dalam rumah tutup pintu je, habis cerita..
Doa Melindungi Anak-anak
Maksudnya:
" Aku mohon perlindungan untukmu dengan kalimah-kalimah Allah yang maha sempurna, daripada segala syaitan dan daripada semua yang berbisa serta daripada pandangan mata yang dapat menimbulkan bahaya."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Kak Tie..
ReplyDeleteTak dapat saya bayangkan kalau ada 10 anak lelaki macam ni.. habis segala benda dipanjat..:-)
Salam, Tie..
ReplyDeleteItu la bezanya anak lelaki dan perempuan..itu tanda mereka sihat dan cergas tu.
Kak Ina yang ada seorang 'boy' ni pun..mengurut dada juga ada kalanya.. :)
Walau apa pun, keselamatan anak-anak tetap perlu diutamakan. Mereka masih anak-anak, kita sebagai orang tua yang perlu memberi tunjuk ajar dan panduan.
Semoga anak-anak kita semua membesar sebagai insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara, ameen.