Thursday, November 12, 2009

Ke Hospital Temerloh

Merenung ke luar tingkap nampak padang permainan..

Hisap susu dan baca buku. Mata dah mengantuk tu, tapi masih melawan matanya tak nak tidur..

Selepas dah habis sebotol susu dan menangis tak nak tidur di hospital, akhirnya Faiz tertidur juga.

Pagi Selasa lepas, pergi ke Hospital Temerloh bawa Faiz untuk buat ujian ADR Day Care. Tujuannya ialah untuk mengenalpasti pendengaran dan otak atau mentalnya berfungsi dengan baik atau kurang kerana masalah 'delay speech' nya tu.

Cara buat ujian tu adalah semasa dia tidur akan diletakkan alat di tepi telinga dan dahinya dan disambung ke komputer untuk mengesan tahap penguasaan pendengarannya.

Daripada pukul 9.30 pagi, masuk ke wad harian, dan diberi ubat tidur. Akhirnya setelah lama Faiz melawan matanya yang mengantuk tu, dia tertidur buat kali pertamanya di wad tu pada pukul 11.20.

Oleh sebab kelewatan nurse menghantar Faiz ke bilik rawatan tu, Faiz tersedar daripada tidurnya semasa doktor hendak meletakkan alat tu ke telinganya. Dia pun apalagi, walaupun dalam keadaan mamai (masih mengantuk tu, terus bangun)..

Kemudian, Faiz diberi ubat tidur kali kedua oleh doktor kerana doktor memahami keadaan Tie yang tak nak rawatan ni tertangguh lagi. Lagipun memang kesalahan kakitangannya yang membawa Faiz lewat ke bilik rawatan tu. Selepas 15 minit Faiz tertidur dengan nyenyaknya buat kali kedua di bilik ujian ADR tu.

Akhirnya, rawatan tu berjaya dan hasilnya, Alhamdulillah tiada masalah semuanya normal.
Kami boleh keluar dari wad Day Care pukul 3.30 petang bila Faiz bangun daripada tidur selepas banyak diberi ubat tidur tu. Nasib baik tak over dos.
Selepas ni Faiz akan diberi latihan 'speech' pula dengan pakar di bidang tersebut. Ulang alik ke Hospital lagilah lepas ni...

p/s Semalam pun, Tie bergegas ke Hospital selepas emergency kes. Ma sakit dada dan sesak nafas serta kebas kakinya. Doktor kata semua ok cuma angin dan gastrik serta ma kurang air dan gula dalam badan sebab tak selera makan, kerana sakit tekak... Alhamdulillah selepas habis satu botol air gula dimasukkan dalam badan, akhirnya ma boleh balik ke rumah.

No comments:

Post a Comment