Monday, November 16, 2009

Binatang Kesayangan

Mimo, nama yang diberi spontan oleh Muiz. Izzah pulak ,
mulanya nak beri nama snow white, tapi cute lagi nama pinky sebab
warna mata dan telinganya pink)


Kalau boleh, nak tidur pun bersama.. hi.hi..hi..

Kehadiran si Mimo dan Pinky, membuatkan Faiz geram sehinggakan
nak masuk ke dalam 'rumah'
yang sempit tu.

Mimo dan Pinky di dalam rumah dan suasana baru..

Baru semalam, si Mimo dan Pinky ni menghuni di rumah kami. Keduanya baru berumur sebulan lebih. Selepas 3 atau 4 bulan bolehlah beranak pulak.. Tak tahulah, tercapai ke tidak impian nak tengok anaknya nanti..

Sebenarnya dah lama Izzah dan Muiz nak 'pets' selepas kawan baiknya telah berpindah rumah. Jemu, katanya.. tak ada kawan. (macamlah pets tu manusia, boleh dibuat kawan..tak pelah, sekurang-kurangnya hilanglah jemu, bila tengok muka dan membelai pets tu setiap hari kan.)

Abinya puas dah cari di Temerloh tapi arnab tak de stok dan lambat sampai. Akhirnya, anak murid abinya cakap arnab boleh dapat di rumahnya di Jengka 18. Dengan bersungguh-sungguh nak melayan anak-anak yang sangat teringinkan arnab tu, abinya pun pergilah.. Maka melayanglah RM 70. Tapi tak pe lah, nak tengok anak-anak gembira dan abinya tu berangan juga nak jual anaknya nanti.. InsyaAllah, mungkinkan impian jadi kenyataan ?

Tapi, kalau betul-betul nak jual anak- anak arnab tu nanti, kena siapkanlah makanan yang banyak dan rumahnya yang lebih selesa nanti..

Apa-apapun, ianya sekadar suka-suka dan minat. Serta memupuk kasih sayang dan rasa tanggungjawab anak-anak kepada binatang peliharaan..

1 comment:

  1. oo..jadi,nilah wonderpets yg dikatakan tu ye?comelnye....mimo?kah kah kah!!!!


    muiz2...hahaha.///....


    -along.

    ReplyDelete