Saturday, July 18, 2009

Terkenang Semasa Dulu

Pagi tadi teringat pada Yin yang ternanti-nanti bilalah nak sakit dan bersalin sebab dah 'overdue'. Masa dia datang ke rumah hari Rabu lepas, dia kata Nurse di Klinik Temerloh suruh ke Hospital selepas 3 hari. (maksudnya hari nilah..) Tie mesej pada Yin dan tanya dia tentang tu. Diakata, semalam doktor bagi 7 hari daripada 'duedate' tu. Lagipun, masa ni Wad bersalin di Hospital penuh. Kalau tak bersalin juga, hari Selasa kenalah juga ke hospital.. Tak pelah, harap-harap tak ada apalah dan sempat suaminya Wan balik malam esok.
Penantian nak bersalin tu, memang mendebarkan.. Lebih-lebih lagi yang dah terlebih tarikh yang dijangka macam tu.

Terkenang semasa dulu...

1) Tie melahirkan Izzah, terlewat 3 hari dari jangkaannya. Itupun terasa lambat sangat dah. Maklumlah nak menanti kehadiran cahayamata pertama setelah 2 tahun menunggu.. Setelah masuk dalam labour room dari pukul 8.30 pagi, akhirnya Rabiatul Izzah dilahirkan di hospital Mentakab pada pukul 1.18 tgh. 7 Februari 2002 dengan berat 2.65 kg, Mungkin proses kelahiran agak lama sebab anak sulung. (Teringat waktu abi dia keluar dari bilik bersalin tu, azan zohor sedang berkumandang)

2) Muiz lahir selepas lewat 8 hari daripada tarikh yang dijangka. Waktu tu, Tie relaks je, sebab bulan puasa. Kalau lambat bersalin Tie boleh berpuasa banyak sikit. Bukan apa, tak daya nak mengganti puasa. Tapi alhamdulillah dapat puasa 15 hari (kira separuhlah). Tapi bimbang juga sikit, sebab dengar cerita orang kalau terlewat bersalin kena 'paksa' nanti. Tapi bertawakkal ajelah. Alhamdulillah, sampai masanya Allah permudahkan. Pada pukul 12.30 pg masuk bilik bersalin dan akhirnya Muizzuddin Ramadhan pun lahir dengan seberat 3.1kg di Hospital Mentakab pada 28.10.2004 pukul 3.05 pg (Pengalaman melahirkan anak seorang diri .Waktu tu Abinya tinggal di rumah dengan Kakak Izzah. .)

3) Berlainan pula dengan kisah Faiz yang lahir sehari lebih awal dari tarikh yang dijangka. Pada mulanya, doktor suruh masuk hospital mengikut tarih 'due'nya. Sebab waktu Tie mengandungkan Faiz, Tie disahkan ada penyakit kencing manis.(tapi tahap rendah je) Kira berisikolah tu, sebab tu kena masuk wad ikut tarikh jangkaannya dan kalau terlewat, kena bersalin 'paksalah'..Alhamdulillah, selepas zohor tu, Tie terasa sakit perut yang semakin kerap. Selepas abinya balik dari masjid, kami terus ke Hospital Temerloh dan terus ke Labour Room. Akhirnya Faizuddin Syawal lahir pada pukul 3.55 ptg dengan berat 3.1 kg, bertarikh 5.11.2006. Terselamatlah dari 'dipaksa' bersalin. (Ingat lagi waktu tu, wan dan abinya berharap sangat Tie bersalin selepas selesai diaorang puasa sunat Syawal 6 hari. Alhamdulillah, Allah makbulkan dan proses bersalin sangat mudah, mungkin sebab pengalaman yang lalu turut membantu segalanya dan abinya yang berada disisi dan tak putus-putus membaca ayat-ayat suci al-quran)

Begitulah, kenangan silam yang menjadi kenangan manis dalam hidup ini.. Bilakah saat-saat indah dan mendebarkan itu akan berulang lagi? Berserahlah pada takdir Allah yang Maha Mengetahui.

Buat Yin, Teh doakan semoga semuanya selamat. Ameen .. (Tak sabar rasanya nak menimang anak sedara yang ke 15)




3 comments:

  1. ooo..muiz keluar lmbt yee...sbb muiz nakal sgt sbb tu muiz lmbt keluar...hahahha...muiz²....izah pun lmbt ye...faiz plk yg kuar awl...hehhe...semoga dpt lg adik pasni ye...hehhee...amin...

    ReplyDelete
  2. Ya.. lah tu along.. Izzah pulak keluar tengahari, sebab tu panas baran sikit ye dak?..Nak lagi sorang? Tunggu along nikah dululah..He..he..

    ReplyDelete
  3. kakakaka...tgu long nikah lmbt lagi le...hahaha....

    kui300x...

    ReplyDelete