Tuesday, July 21, 2009

Anak Saudara

Inilah gambar anak sedara Tie yang ke 15 (tak termasuk anak sedara sebelah Abg Zul 14 orang) yang baru lahir pukul 2.00pagi Isnin. Kecil dan cute orangnya, rasanya 2.6 KG je beratnya. lbu dan Ayah nya cakap, rupa dia iras-iras muka Muiz masa kecil.
Tak sabar rasanya nak tengok.. Petang semalam selepas balik KAFA, terus je pergi ke rumah neneknya nak tengok adik Naim yang comel tu. Abinya tinggal, sebab nak ke Hospital, ziarah orang sakit(Imam Zakaria).
Bila dah tengok tu, memang ada iras sikit muka abang Muiz nya masa kecil.. Mula-mula marah juga dia bila orang cakap baby tu serupa muka Muiz lebih-lebih lagi pada hidung yang tinggi tu dan mata yang sepet. Tapi bila neneknya cakap hensem macam abang Muiz, barulah dia seronok dan terus nak ambil gambar baby boy ni.. He..he kelakar juga kan..
Tapi, oleh sebab nak cepat, terlupa nak beli hadiah untuk baby baru ni. Namanya pun terlupa nak tanya..

- Buat Mak long, mak de, anjang dan acu, jomlah balik Temerloh tengok baby yang comel ni.. Lepas ni giliran sape pulak nak timang cahaya mata ya..( acu ke..atau Yan.. K.Teh nak tunggu awak berdua dulu.. he..he..he.. )

Buat Yin dan Wan.... Tahniah dia atas kelahiran cahayamata yang ke 2

1 comment:

  1. eiii...comelnye baby tu...macam muiz ...(laki ke pmpuan ni...?)

    buat zaiti,bile plak nk dpt baby?hehe...

    si muiz plak bila plk nk dpt adik pmpuan...ahakss....

    ReplyDelete