Thursday, July 23, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYA'BAN



Tak ramai orang yang mengingati bulan Sya'ban Yang Mulia ini. Yang kita selalu dengar 'Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Syawal' je. Sebab di bulan tersebut adalah bulan untuk kita berpuasa dan Menyambut Hari Raya.

Tapi sebenarnya, bulan Sya'ban ni juga adalah bulan yang mulia dan harus diingati oleh semua umat Islam. Sebabnya ialah, bulan sya'ban ni bulan untuk kita memperbaiki diri daripada segala macam sifat cela yang ada dalam diri kita. Di samping itu juga, bulan ni adalah bulan persiapan dari segi mental dan fizikal serta rohani kita. Tie ni, bukannya apa, cuma nak mengingatkan diri sendiri supaya jangan terleka dan terlalai. Alhamdulillah, puasa yang tertinggal sudah habis di 'qada', walaupun tahun ni terlewat menghabiskannya berbanding tahun-tahun lepas.

Semoga kita akan bertemu bulan Ramadhan Al-Mubarak nanti dengan jiwa yang bersih dan persediaan yang mencukupi serta keadaan tubuh badan yang sihat untuk berpuasa. Insyaallah...



No comments:

Post a Comment