Saturday, July 18, 2009

Guru Terapi Yang Baru..

Hari Khamis lepas, bawa Faiz ke Hospital untuk Terapi Cara Kerja yang entah ke berapa kali dah..Abang dan kakaknya ikut sama (kakak tak sekolah sebab sakit gigi).
Mula sampai tu dia dah menangis, macam biasalah...Guru Terapi yang baru, bernama Puan Norhashimah yang menggantikan Miss Regina banyak bertanya tentang Faiz, apa yang dia suka dan minatnya serta perkembangannya. Tie berceritalah semuanya pada Puan Hashimah.
Pertemuan pertama ni, dia nak mengenali Faiz dulu. 2 minggu lagi baru Tie akan serahkan Faiz kepada cikgu Hashimah untuk melatih dia cara kerja berdisiplin dan teratur. Dia menangis tu, takpelah. Sedangkan masa hantar ke rumah makcik penjaganya pun menangis juga, tapi sekejap je..
Mulai bulan 8 ni, Terapi akan diajar seminggu sekali. sebab guru terapi dah bertambah, jadi bolehlah buat kerap. O.klah tu, bagus juga. Harap-harap Faiz ok lah..

No comments:

Post a Comment