Monday, July 6, 2009

Nak Sangat Makan Pizza

Sedang menunggu Abi beli air. Tak sabar dah nak makan ni..

Emm sedapnya.. puas dah makan.

Inilah Pizza yang menyelerakan tu.. Hawaiian Chicken namanya..

Dah lama tak update blog ni. Bukannya apa, komputer ni ada virus dan terlalu slow. Jadi tak de pilihan dah, kenalah remove virus yang ada tu dan di UpGred kan. Sekarang barulah ok..dapatlah Tie masukkan gambar hari Jumaat lepas.

Izzah dan Muiz ni, tiba-tiba teringin sangat nak makan Pizza. Memang sebelum ni tak pernah pun belikan kat diaorang... makan tu, pernah lah sekali. Itupun ayah ngah dia yang belikan kan. Jadi, oleh sebab kesian kat diaorang, abinya pun setujulah untuk belikan.

Cadangnya nak makan di kedai PizzaHut tu, tapi si Faiz ... tau jelah dia bukan suka, tempat bertutup dan ramai orang macam tu.. Akhirnya, kami pun makan kat tepi sungai (Esplaned). Tempat ni adalah tempat favourite Faiz. Dulu kali pertama datang, dia tak betul lagi eja TEMERLOH tu..Sekarang, dah hafal dan lancar. Dia puas dapat mengeja je lah.. Bukannya nak makan pizza.

Ini sekadar peringatan buat Kakak.... Periksa Pertengahan Tahun dapat nombor 3, 92%. (Sblm ni nombor 2, 94%). Mengapa menurun ni? Tak pelah, akhir tahun nanti tingkatkan usaha ya.. kalau nak Pizza lagi, dapatkan nombor 1. Kalau tidak, 'no way' ..ok.

No comments:

Post a Comment