Thursday, July 2, 2009

Hari Terakhir Bersama ....

Gambar kenangan ni, Muiz yang ambilkan...

Semalam, adalah hari terakhir Faiz bersama teacher yang mengajarnya Terapi Carakerja di Hospital Temerloh iaitu Miss Gina, setelah 5 atau 6 kali bersamanya.
Mulai minggu depan, akan bertukar teacher yang lain pula. Minggu ni, Faiz asyik menangis je, sebab mungkin dah lama cuti daripada buat terapi tu (Sebulan cuti. Biasanya 2 minggu sekali.) sebab teachernya ada kursus. Abangnya tak habis-habis kesian dengar adiknya menangis, lebih-lebih lagi bila ditinggalkan adiknya bersama cikgunya aje di bilik terapi tu. Tak pelah, bukan menangis sebab sakit, tapi untuk kebaikan dia juga...
Walaupun dia menangis, teachernya tetap bawa dia ke bilik terapi untuk melatihnya membuat sesuatu kerja mengikut arahan dan nak melihat apa perkembangan Faiz sekarang.
Faiz berminat nak melihat apa yang cikgunya buat, tapi bila disuruh buat dia tak mahu dan terus menangis. Dapat buat sikit aje apa yang disuruh cikgunya tu... Dia pun sempatlah juga menunjukkan kepandaiannya dengan menunjuk eyes, nose, mouth, teeth, ears pada teachernya..Oklah tu kan.
Mulai minggu depan, tak tahulah macam mana, sebab bertukar cikgu pula...Tapi menurut kata Miss Gina, bakal cikgu yang menggantikannya nanti lebih lembut orangnya. Tak tahulah penerimaan Faiz macammana, harap-harap ok.lah.
Kali ni, abangnya lah paling seronok sebab dapat bermain peralatan yang ada di situ. Sampaikan dia cakap, ''Kalau Muiz sekolah di tempat adik kan best''... (memanglah, di sekolah dia dulu banyak pelajarannya dan tak ada peralatan mainan dan uji minda yang menyeronokkan macam tu.)
Akhir sekali, kami bergambar kenangan dengan Miss Gina. Faiz yang dah berhenti menangis, tiba-tiba meraung semula, sebab dia ingat Miss Gina nak dukung dan bawa dia ke bilik terapi lagi. Sekian habis dah cerita..


No comments:

Post a Comment