Thursday, July 9, 2009

Pemeriksaan Doktor

Hari ni Tie nak tulis tentang Medical Check Up yang Tie dengan Abg Zul kena buat untuk Pelantikan ke Perkhidmatan Kerajaan.
Kami buat pemerikssan tu hari Sabtu lepas, dan borangnya baru dihantar hari Selasa lepas. (Kiranya cerita lamalah ni).
Alhamdulilah, tak lama lagi, Guru KAFA macam kami ni, akan dilantik ke perkhidmatan kerajaan dan Insyaallah elaun akan bertambahlah... Tapi tak tahulah bila akan dilaksanakan.
Pada mulanya nak buat pemeriksaan doktor tu di klinik kerajaan je, sebab tak ada duitlah nak ke klinik swasta.. Tapi, Ustaz yang mengajar sama kami tu suruh ke Klinik Swasta je, sebab nak cepat siap. Duit tu, sekolah yang support (duit yuran pelajar). Lagipun kami cuma 3 orang je yang mengajar di situ.
Alhamdulillah, 1 jam lebih je dah siap semua sekali termasuk x-ray. Bayarannya RM100.00 seorang. Syukurlah, kalau tidak susah juga kami 'berangkut' dengan anak-anak untuk ke klinik kerajaan tu. Dahlah masanya lama, nak buat berdua sekali pulak tu. (sehari pun tak dapat selesai agaknya). Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami...

No comments:

Post a Comment