Saturday, June 6, 2009

Bercuti Di Kuantan

Hari Rabu Malam Khamis lepas, Tie pergi Kuantan naik kereta Min. Walaupun lama menunggu anjangnya sampai di rumah nenek, Izzah dan Muiz seronok dan tak sabar sangat nak pergi.. Alhamdulillah kami sampai dalam pukul 1.00 pagi di rumah K.Ita (MakDe).

Keesokannya, kami pergi ke Taman Teruntum bersama Acu, Ayah Cu, Mak De dan anak-anak nya. Di situ ada Mini Zoo dan Taman Lalulintas. Izzah dan Muiz seronoklah dapat naik kereta dan motor serta bergambar dengan kuda padi.
(Nasib baik diaorang tak nak round2 naik kuda tu..bayarannya RM5.00 2 pusingan)

Selepas tu kami terus ke rumah Kak Ana (MakLong). Sampai je terus nak mandi kolam. Walaupun air kolam tu tak berapa bersih, ada habuk simin dan batu sebab sedang dalam pembinaan bilik, tapi budak berdua tu semacam je nak mandi jugek... Faiz pun tumpang seronok main air je lah dia...

Malam tu, keluarga kak Ju (Mak Ngah) yang dah puas berjalan di Bandar Kuantan ada singgah di rumah Mak Long. Abang An Izzah nak tinggal dan nak balik dengan kami. Bertambah seronoklah budak-budak tu..

Pagi Jumaat tu kami jalan-jalan kat Giant dan Terus Maju yang baru buka tu je... Muiz dengan Izzah beli mainanlah.. Faiz pulak, papan tulis dan buku 123 yang diminatinya...

Dalam pukul 3.00 petang tu, abi datang jemput kami. Dia nak ajak balik petang tu jugek. Maklumlah, tak boleh tinggalkan masjid tu lama sangat.. Imam yang lain pergi ke Muktamar di KL. Jadi tinggal abinya sorang yang dipertanggungjawabkan jadi Imam. Sebelum balik tu, sempat lagi budak berdua tu mandi kolam dulu...

Muiz pulak, sibuk je nak pergi Taman Teruntum lagi sebab nak naik kereta pulak... semalam dapat naik motor je.. Abinya pun ikut je lah kehendak dia. Lepas dah puas dapat naik kereta tu, kami pun nak balik dah. Tak pergi ke Pantai pun.. Tie letih melayan kerenah Faiz lagipun diaorang tak mintak nak pergi..

Sebelum balik, sempat kami singgah di rumah Mak Cik Mi sambil minum petang... Dalam pukul 6.00 kami bertolak balik..

Singgah solat dan makan sekejap di Maran dan akhirnya kami sampai rumah pukul 9.00 malam..Alhamdulillah.


1 comment:

  1. oo..cik muiz naik kude ye..tk takut ke ?along nk ikut muiz tk bg..nt along ikut ye klu g lagi yek..hehhee..mandi swimming pool pon tk ajok along..haa....

    ReplyDelete