Sunday, May 31, 2009

SELAMAT BERCUTI



Inilah, kraftangan untuk Afnan..


Cuti sekolah dah bermula, anak-anak mula merancang nak ke mana cuti ni? Apa aktiviti nak buat? Kalau duduk rumah aje dan tak ada aktiviti yang menarik, mulalah jemu..
Kita sebagai ibubapa nilah yang kena manfaatkan cuti sekolah anak-anak.

Cadangnya nak bawa diaorang bercuti ke Kuantan rumah maklong dan makde nya..
Insyaallah nak tumpang anjangnya yang nak balik Kelantan.. (Harap-harap tak menyusahkan Min dan Yan ye.) Bukannya apa, masalahnya abi budak-budak ni susah sikit kalau bab berjalan dan tidur rumah orang ni, tapi kalau nak jemput kami dan balik hari tu, oklah.. Tak pelah, abi dah izinkan pergi tu pun dah cukup baik dah kan..

Lagi satu, Muiz tu dah tak sabar nak bagi Kraftangan pada abang Afnan nya tu. Kraftangan yang Muiz dapat di sekolahnya hari tu dah siap pun kesemuanya. Pada mulanya nak buat di sekolah nya. Tapi last-last cikgunya bagi bawa balik untuk buat di rumah sebagai aktiviti cuti sekolah ni. Tapi, sehari je dah siap. Umminya ni lah yang banyak buatkan.. Si Muiz tukang lipat dan bubuh gam je. Tak pelah, yang penting dia enjoy.

Akhir sekali, Selamat Bercuti buat semua yang bersekolah, serta Guru-guru juga.. Semoga cuti ni mendatangkan manfaat dan mengembirakan..

p/s- Buat abang Pika, yang ada kat rumah along tu, Izzah dengan Muiz ucapkan Selamat Bercuti. Lama sungguh abang pika kat Temerloh ni ya.. Semoga enjoy..
- Buat Yan, nanti confirm semula nak pegi hari apa dan pukul berapa, ok.. K. Teh ikut je..

Inilah hasil kreativiti Muiz dan Izzah serta umminya...
( Kalau tak de bantuan ummi ni, susah lah nak menjadi..)

No comments:

Post a Comment