Wednesday, June 10, 2009

Bertemu Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat

Dapatkan berita lanjut di http://pahangdaily.blogspot.com

Tuan Guru semasa memberi Kuliah ringkas di Darul Izzah, Temerloh

Ucapan Perasmian di Bangunan PAS Pahang, Jalan Dato'Bahaman Temerloh


Petang semalam (Selasa), kami sekeluarga tak lepaskan peluang berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz sempena lawatan beliau ke Temerloh ni untuk merasmikan Bangunan PAS Pahang di Bandar Temerloh dan Ceramah Perdana di Kerdau. Beliau yang baru selesai Muktamar Agung PAS di Shah Alam, terus turun ke Temerloh untuk tujuan tersebut.

Kami solat Asar di Darul Izzah (di surau dekat pondok wan dan aki) Muiz lah yang beria-ia sangat nak bersalam dengan Tuan Guru. Asyik bertanya yang mana satu.. Tuan Guru. Dia solat dengan abinya di surau. Tie dengan Izzah cuma solat di rumah wan aje sebab Faiz tu tak boleh masuk ke dalam surau, dia asyik menjerit dan berlari-lari.. Nanti rosak majlis tu pulak. Selepas solat Asar, Tuan Guru sempat memberi kuliah ringkas dalam 15 minit. Walaupun sekejap, tapi banyak memberi manfaatnya...Akhirnya Muiz pun berpuas hati dapat salam dengan Tuan Guru..

Selepas selesai solat dan kuliah ringkas, Tuan Guru berangkat ke Bandar Temerloh untuk merasmikan Bangunan PAS Pahang. Kami ikut serta rombongan Tuan Guru ke Temerloh pula. Tapi kami terpaksa parking kereta jauh sikit daripada tempat tu, sebab jalan yang berhampiran Bangunan PAS tu sudah ditutup. Tak pelah, jalan kaki je...

Selesai ucapan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, Tuan Guru Nik Aziz pula memberi ucapan dan merasmikan Bangunan PAS Pahang serta melepaskan belon-belon. Selepas jamuan ringan, kami pun balik ke rumah dalam pukul 6.40 petang..

( Sebenar-nya Tie yang beria-ia nak pergi ke majlis peramian Bangunan tu, sebab ada kenangan di sebaliknya.. Tie pernah kerja sebagai Kerani Badan Perhubungan PAS Pahang, masa tu Pejabatnya di Balai Islam Sungai Gau tahun 1998 (kalau tak salah) Lepas tu pindah ke Bandar Temerloh, Jalan Sudirman tahun 2001 ( masa tu masih sewa pejabat ) dan akhirnya sekarang, Bangunan PAS Pahang berjaya dibeli dan dirasmikan di Jalan Dato' Bahaman Temerloh. Alhamdulillah berkat kerja kuat PAS Pahang maka dapatlah membeli Bangunan sendiri. Di Bangunan tersebut, terletaknya Pejabat Perhubungan PAS Pahang dan Kedai Air Gau Ent.. (Air yang boleh tahan juga terkenalnya tu..))

( Ingat lagi kenangan tahun 1999, masa tu PAS menang besar di Pahang. Ramailah YB yang Tie kenal waktu tu, maklumkan kerani Pejabat... Semalam, ada yang masih kenal lagi, dan bertanya khabar.. dan seronok dapat jumpa kakitangan pejabat yang sama kerja dulu.)

No comments:

Post a Comment