Friday, May 15, 2009

Terapi Carakerja 4













Abang Muiz yang excited dapat bergambar dalam bilik utama yang banyak alatan mainan. Masa ni, Faiz dalam bilik Stimulasi dengan cikgunya.







Hari ni nak cerita tentang Faiz yang pergi ke 'sekolahnya' untuk buat terapi carakerja di Hospital Temerloh bersama gurunya Miss Gina.
Sebelum pergi tu, Tie bagi dia flower.. untuk membuatkan dia tak menangis. Dia memang suka flower,sambil pegang tu dia mengeja.
Lepas jemput abang Muiz dari sekolahnya, kami terus pergi ke hospital. Bila nak masuk je ke bilik pediatrik bahagian terapi tu, dia terus menangis nak keluar dari situ. Sebab dia dah cam tempat tu..Cikgunya cakap kalau terus menangis juga, tak dapatlah nak buat apa-apa latihan untuknya..
Nasib baik, Tie ada bawa CD Bijak Iqra' yang dia suka dan suruh cikgunya pasang di dalam bilik stimulasi yang banyak lampu warna-warni tu. Sebelum ni, memang dia tak boleh masuk ke dalam bilik tu. Lebih-lebih lagi bila dipasang lagu sentimental slow mesti dia menangis. Tapi, idea abinya suruh pasang lagu yang dia suka kali ni menjadi. Alhamdulillah... Akhirnya dia dapat belajar dengan Miss Gina dengan baik walaupun sekejap, dalam 20 minit.
Cikgunya kata, dia dah boleh sambung bila kira one, two, three, dan tepuk tangan bila cikgunya kata pandai. Oklah tu.. Selain tu, dia main puzzle binatang dan boleh buat bunyi kucing dan burung. Tapi bila buat bunyi ayam dia takut dan nak menangis...
Tie dah berpuas hati dengan pencapaian Faiz setakat ni, dia pun dah mula nak bergaul dengan orang lain. Dengan cikgunya pun dah semakin rapat walaupun ada ketikanya masih nak menangis tapi boleh dipujuk lagi.

No comments:

Post a Comment