Tuesday, May 12, 2009

Kraf Tangan Untuk Anak-Anak

Semalam, Muiz balik daripada sekolah ada bawa satu set peralatan Kraftangan yang ditempah melalui Ustazahnya minggu lepas. Ada 12 set kesemuanya. Sepatutnya buat di sekolah, tapi sebab kakaknya nak juga, jadi separuh daripadanya kami buat di rumah.
Kraftangan ni sangat sesuai untuk anak-anak berumur 5 hingga 9 tahun dengan bimbingan ibu-bapa atau guru. Tanpa perlu menggunakan gunting, hanya lipat dan sedikit sahaja gunakan gam.
Antara kebaikan kertas kraftangan ni ialah,
1) Dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi anak-anak
2) Memupuk kebolehan bekerja dengan teliti
3) Melatih menggunakan tangan dan otak sekaligus
4) Mengeratkan hubungan antara anak-anak dan ibubapa serta anak murid dengan gurunya.
Dalam masa sehari,kami dapat menyiapkan kraftangan ni. Ada yang senang dan ada yang susah. Kalau tak tolong diaorang, lambatlah siapnya. Tapi seronoklah sebab boleh buat bersama anak-anak.




















1 comment:

  1. pandainye muiz ngn izzah wat...hehe...
    cmne wat ade tulisan kt dlm pic ni?best ek...

    ReplyDelete