Saturday, May 23, 2009

Musim Peperiksaan

Mulai hari Isnin ni, adalah minggu peperiksaan pertengahan tahun bagi Izzah.. Tak tahulah Macamamana. Latihan Matematik kena buat tiap-tiap hari. Tapi sejak lepas demam ni, Izzah malas sikit buat ulangkaji. Mungkin sebab dia kurang selera makan dan rasa tak bermaya, tu yang malas semacam je... Walau apa pun, kakak jawablah dengan baik dalam peperiksaan nanti. Kalau tak dapat yang lebih baik lagi pun, tak pelah asalkan dapat kekalkan prestasi. Jangan makin merosot sudahlah... Nanti cuti sekolah boleh pergi Kuantan, Rumah Mak Long.. Itu permintaan dialah..
Muiz pulak baru selesai periksa, minggu lepas. Dah dapat keputusan pun... Ada sembilan subjek kesemuanya, iaitu B.Melayu, B.Inggeris, Matematik, Pend.Sains Sosial dan Pembangunan Insan, B.Arab, Peribadi Muslim, Jawi, Al-Quran dan Kreatif. Soalan untuk 5 tahun ni, boleh tahan juga susahnya... Tapi alhamdulillah, ada juga yang Muiz boleh jawab dengan baik, dan ada juga yang dia tak tahu nak jawab. Dia kerap juga ponteng sekolah, tu yang ada ketinggalan belajar .... Jadi, tak kisahlah kalau dia cuma dapat nombor 7 daripada 13 orang dalam kelasnya..
Hari Rabu depan ni, sekolah Muiz nak buat lawatan ke Balai Bomba Temerloh, Mini Zoo, dan Taman Awam Kubang Gajah...Ummi nya pun kena pergi sekali... Padahal tempat tu semua dah biasa pergi, tapi sebab dia nak berseronok naik bas dan pergi beramai-ramai bersama kawan-kawan dan guru-guru, maka Insyaallah, kenalah ikut juga kehendak si Muiz tu...

No comments:

Post a Comment