Tuesday, May 19, 2009

Cenderamata sempena Hari Guru


Kedua-dua cenderamata tu adalah pemberian anak-anak didik abang Zul di sekolah Tahfiznya... Ini adalah tanda ingatan daripada mereka. Sebenarnya tiada yang lebih mengembirakan bagi seorang guru tu, melainkan dengan kejayaan anak-anak muridnya..

Stop cerita tentang Hari Guru, nak cerita tentang kisah demam pulak. Sebenarnya dua hari lepas tak usik komputer pun sebab anak-anak demam bergilir-gilir. Sampaikan Tie sendiri demam dan sakit kepala dan cuti sehari tak pergi mengajar KAFA.. Takpelah itu semua dugaan yang sangat kecil sebenarnya. Allah nak menguji kesabaran kita dan sebagai kifarah dosa-dosa kecil. Semalam, nasib baik ada ma tersayang yang tolong jagakan anak-anak di rumah semasa Tie pergi KAFA.
Semalam, sempatlah Tie buat satu lagi blog khusus untuk koleksi Khutbah yang Abang Zul buat dan Koleksi Mutiara Kata serta Hadis. Insyaallah blog tu nanti dapat menjadi rujukan dan manfaat bersama.. http://zultie2.blogspot.com

No comments:

Post a Comment