Wednesday, April 29, 2009

Terapi Carakerja 3

Hari Isnin lepas, bawa Faiz ke Hospital Temerloh untuk Terapi Carakerja, kali ke tiga dah ni.. Tapi hari tu dia bad mood, asyik menangis je. Mungkin sebab selsema sangat.
Pada mulanya, cikgu terapi Faiz kata kena bawa ke bilik lain yang kosong untuk melatih Faiz ni, sebab bimbang dia lebih tertarik pada alatan mainan dan tak ada tumpuan untuk buat latihan terapi tu. Biasalah budak-budakkan.... Tapi bila dibawa ke bilik yang lain, mulalah dia menangis dan tak bagi umminya tinggalkan dia berdua dengan cikgu tu.
Di ringkaskan cerita, akhirnya Faiz dapatlah sikit buat aktiviti yang disuruh di bilik yang mula-mula masuk tu dan banyak peralatan mainan. Bila di bilik tu dia okey dan nampak semakin mesra dengan cikgunya. Lebih-lebih lagi selepas cikgunya beri buku ABC dan bawanya ke playground.
Tie sempatlah juga bertanya pada cikgu terapi Faiz tu, tentang kanak-kanak autistik. Pada pendapat dia, Faiz bukan autistik sebab bila bercakap dengan dia, ada eye contact atau nak bertentang mata dan ada respond. Cuma, Faiz ni kurang galakan /rangsangan atau stimulasi. Dia juga seorang yang sangat sensitif. Bila dibawa ke bilik terapi stimulasi yang banyak lampu dan dipasang muzik sentimental slow, dia semakin kuat menangis. Itu memang dah lama Tie cam dah.. Selain itu, Faiz sukakan belaian dan pandai tunjukkan perasaan sayang pada orang lain . Walaupun kadang-kadang tu, dia memang suka sendirian..
Alhamdulillah, sekarang banyak juga perkembangan pada diri Faiz, dia dah mengenal dan pandai menyebut abjad dan nombor serta beberapa patah perkataan lain dan kadang-kadang tu mengeja. Yang paling dia suka eja FLOWER, BALL, CAT dan SUSU. Lagi satu perkara, dia sekarang dah ada hobi baru, iaitu suka tengok VCD Bijak Iqra' dan Adikku Sayang, serta Roda Impian. Selain itu, dah pandai nak mengikut kakak serta abang nya menyanyi lagu Inteam terutama lagu AllahuRabbi. Begitulah panjang lebarnya cerita si Faiz...


1 comment: