Tuesday, April 28, 2009

Meraikan Majlis Perasmian Rumah Curahan Kasih Sayang


Hari Ahad lepas, kami sekeluarga pergi meraikan Majlis Perasmian Rumah Kasih Sayang Al-Ikhwan berdekatan dengan rumah kami. Pergi jalan kaki je... Tapi letihlah sikit sebab naik bukit. Tak pelah, lagipun dah lama tak exercise...
Abi nya dijemput untuk membaca doa bagi memberkati majlis amal tersebut.. Rumah ni didiami oleh beberapa orang anak yatim dan anak-anak orang susah atau miskin. Selain daripada bertujuan untuk memohon sumbangan daripada Pegawai Daerah, ketua Kampung dan penduduk kampung di sini, pengasas Rumah Kebajikan ni juga ada menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal, orang-orang miskin dan anak yatim di kawasan kampung berdekatan ni dan meraikan dua pasang Pengantin Baru.
Selain itu, dapat memperkenalkan rumah kebajikan ni kepada orang ramai sambil bersedekah dan menderma ke arah kebaikan.. Selepas ni, banyak lagi program amal yang bakal diadakan di sini anjuran Rumah Curahan Kasih Sayang Al-Ikhwan. Semoga program amal macam ni diteruskan dan dirahmati serta diberkati Allah.
Selepas selesai majlis perasmian, kami menjamu selera sambil dihiburkan oleh anak-anak puteri rumah tersebut dan anak-anak remaja lelaki yang siap bermain alat muzik percussion sambil menyanyi lagu nasyid. Tu yang Izzah dengan Muiz asyik sangat...Dapat makan aiskrim dalam 'cup' lagi... Faiz yang biasanya tak berapa suka dengan majlis yang ramai orang macam ni pun jadi seronok dan tak meragam.. Mungkin sebab majlis yang berkat ni...

No comments:

Post a Comment