Friday, April 10, 2009

Cederamata dari Hong Kong







Semalam, dalam pukul 11.45 tengahari ada posmen di depan rumah menghantar satu bungkusan berisi barang-barang yang dikirim daripada Yan. Muiz yang baru balik sekolah waktu tu, mengambil bungkusan tu dengan gembira setelah nampak namanya tertulis dikotak bungkusan tu.
''Hadiah apa ni umi?" Dia bertanya. "Hadiah Muiz yang rajin sekolahlah.."(sebenarnya bukan rajin sangat pun, liat nak bangun, tapi saja je cakap macam tu nak galakkan dia supaya rajin. "Siapa yang bagi?" " Mak Anjang Yan dan Anjang Min.." Tie cakap .Terus dia menyampuk.. " oh.. anjang beli kat tempat yang Afnan jalan-jalan dalam gambar (blog) tu ?  " Ya lah tu" (konon-kononya). Muiz pun, makin seronoklah... Dialah yang paling excited bila tengok cerita dan gambar Yan di Disneyland tu. "Esok Muiz nak pegi kat tempat Afnan tu..." ( Macam dekat dan murah...) Bukan Muiz, Izzah dan Faiz je seronok,  uminya pun seronok dapat CD terbaru Inteam yang dah lama ditunggu-tunggu tu.... Terus terang cakap kat sini, lagu-lagunya bagus, ada pelbagai irama dan liriknya menginsafkan dan terkesan di hati. Tie paling suka lagu Hanya Takdir, Allahu Rabbi, Dia Muhammad dan Kepastian. Lagu-lagu lain tu juga menghiburkan dan mendidik jiwa.

No comments:

Post a Comment