Sunday, April 12, 2009

Program Tanggungjawab Zakat Etiqa Takaful

Program Tanggungjawab Zakat Bersama Etiqa Takaful ni, bertujuan untuk merasmikan Surau dan Pondok Baitul Maab di Rumah Anak-Yatim Darul Izzah Temerloh. Etiqa Takaful yang menguruskan program ni, daripada persiapan tempat, makanan dan aturcara programnya.
Selain merasmikan surau, mereka juga membuat lawatan ke rumah orang tua, persembahan multimedia, aktiviti motivasi serta sukan dalaman dengan anak-anak yatim di sini. Kami sekeluarga pun ambil kesempatan untuk datang ke program tu. Maklumlah, abinya AJK di Rumah Darul Izzah dan ada rumah wan dan akinya di sana.
Semasa kami sampai tu, dah selesai majlis perasmian dan orang di sana tengah makan. Apalagi, kami teruslah menjamu selera.
Kami tak ikut serta pun acara sebelah petang tu. Sebab diaorang buat program dalam rumah je dengan anak-anak yatim tu. Budak bertiga ni, seronok bermain belon yang banyak di dalam surau dan 'menyemak' kat dalam rumah wan tu je. Siap bawa balik belon ke rumah lagi..Satu perkara lagi, Izzah dan Muiz ni sepatutnya pergi ke sekolah ( sekolah ganti cuti Hari Raya ) tapi diaorang nak ponteng. He.. he.. muka tak malu.








No comments:

Post a Comment