Sunday, March 15, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga pergi ke rumah Anak Yatim Darul Izzah, iaitu dekat dengan rumah wan dan aki. Di sana ada Sambutan MaulidurRasul. Pagi-pagi lagi, abi nya dah pergi untuk perarakan dan selawat daripada taman perumahan yang berdekatan hingga ke Rumah Anak anak Yatim. Izzah yang ada di sana sejak semalam pun ikut berarak sama. Dia dah biasa tidur di rumah wan dan akinya..Masa Tie datang, kumpulan perarakan tu dah sampai di rumah anak yatim. Tak sempatlah ambil gambar diaorang berarak.
Banyak acara hari tu, antaranya Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak 4-6 tahun dan darjah 1-3, Tazkirah Maulidur Rasul, Motivasi untuk sekolah menengah, pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi memadam api oleh jabatan bomba, pameran Anti Dadah Kebangsaan dan persembahan nasyid oleh anak muda daripada kumpulan Bank Rakyat. Antara lagu yang mereka sampaikan ialah lagu Az-ziarah dari kumpulan Inteam. Persembahan dia orang, bolehlah tahan.
Pada sebelah petang ada tayangan video Palestine oleh pihak HALUAN dan pada malamnya ada ceramah Perdana oleh ust Taib Azamuddin ( Bekas Imam Masjid Negara ).
Kak Ju dan anak-naknya pun datang. Tapi nenek tak dapat datang..Seronoklah Izzah dan Muiz, abang An nya datang. Diaorang masuk pertandingan mewarna. Lain-lain kategori, ikut peringkat umur. Pada mulanya, Muiz tak nak duduk bersama-sama budak lain yang mewarna tu. Nak ajak umi temankan dia, sebab tak biasa masuk pertandingan macam tu. Lepas tu, dia cakap letih pulak.. tapi akhirnya dapatlah juga menyiapkannya. Nasib Muiz baik, sebab tak ramai umur 5 tahun. Dapatlah nombor 2, hadiahnya kain tuala..Izzah dan abang An nya dapat saguhati je.. dapat gula-gula dan wafer. Tak pelah, yang penting dia orang seronok dapat hadiah.
Si Faiz pulak, lebih seronok duduk dalam rumah wan. Dia memang tak suka kalau tempat orang ramai. Kalau keluar dari rumah pun, dia pergi turun naik tangga sambil mengira anak tangga tu, dan mengeja kalau nampak tulisan.. itulah minat dia. Tapi tak pelah, yang penting dia baik dan dapatlah uminya ni, ambil gambar untuk kenangan..
Selepas makan tengahari budak-budak tu dah letih, nak balik. Lagipun ada Kak Pah 
(pengasuh Faiz)  dan anak-anaknya tumpang kami. Tak sempatlah nak tengok tayangan video Palestine. Cadangannya nak datang lagi sebelah malam, tapi hujan lebat sangat. Jadi, abinya sorang je lah yang pergi. Okeylah, tengok je lah gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar tak profesional ni...













Izzah dan Muiz mengambil hadiah.




Muiz dan Izzah sedang asyik mewarna






 
Muiz dan Izzah bergambar di tepi kereta bomba


mmm.... sedapnya, makan apa tu?

Faiz bersama kawannya Anas


Comelnye Anis...


Izzah, Muiz dan Faiz bersama ayah teh dan mak teh


Bersama kawan-kawan, Aqil dan Amjad

1 comment: