Tuesday, March 17, 2009

Hampir Tiga Jam Menunggu...

Hari Isnin, pergi hospital Temerloh bawa Faiz jumpa doktor pakar telinga berkenaan dia lambat bercakap tu. Masa appointmentnya pukul 10.30, kami sampai tu pukul 9.45 pagi terus ke kaunter pendaftaran. Tak sangka pulak ramai orang. Di tempat pendaftaran saje dah hampir setengah jam menunggu. Tak dikenakan apa-apa bayaran sebab ada surat temujanji dengan doktor. Setelah selesai pendaftaran, barulah menunggu giliran untuk berjumpa doktor. Ingatkan sekejap je menunggu giliran tu, sebab baru ada satu surat temujanji yang sama dengan kami pada masa tu. Rupa-rupanya sejam lebih jugalah.. Faiz dah nak meragam sebab dah lapar. Lagipun susu dan bekalan biskut tiger nya dah habis. Izzah dan Muiz seronoklah sebab main di playground.
Masa masuk dalam bilik doktor tu, Tie masuk berdua dengan Faiz je. Doktor tu tak banyak tanya pun.. cuma check telinga dan tekak sikit. Faiz menangis juga masa tu sebab tak suka dipegang dan diperiksa. Tapi sekejap je.. semuanya okey.
Lepas ni ada 2 lagi temujanji dengan doktor pakar lain sebelum jumpa dengan doktor tu semula. Kami ikut je lah.. dah alang-alang nak merawat Faiz ni, biarlah sampai dia betul-betul boleh bercakap dan dapat kesan puncanya. Selepas ni mungkin pergi ke hospital tu 3 bulan sekali. Tapi tak tahulah lagi.. Tak pelah.. biar rawat dia sejak awal lagi. Kalau dia dah makin membesar, lagi susah. Lagipun rumah kami dekat sangat dengan hospital tu. Dua minggu lagi kena datang semula. Kalau tak nak lama menunggu, kena datang awallah.

No comments:

Post a Comment