Thursday, March 12, 2009

KEMENANGAN YANG HAKIKI

Hari ni Tie nak masukkan satu lagi koleksi hasil tulisan Abang Zul, yang bertajuk Kemenangan Yang Hakiki.

Sirah junjungan besar kita rasulullah s.a.w. adalah sebaik- baik cerita untuk didengar dan mengambil pelajaran daripadanya . Selain itu kalamullah al-Quranul karim juga tidak kurang menceritakan perihal umat–umat yang terdahulu samada perjuangan para anbia mursalin ataupun cerita-cerita tentang raja-raja dan pemerintah yang zalim dan angkuh yang akhirnya rebah ke bumi dengan penuh kehinaan. Itulah yang dinamakan kententuan ilahi atau sunnahtullah. Tidak ada sesuatu pun yang kekal didunia ini apatah lagi jika yang berkuasa itu menunjukkan keangkuhannya dan kesombongannya yang amat sangat seperti firaun yang mengaku tuhan dan memaksa rakyatnya beriman kepadanya .
Sedangkan sombong dan angkuh itu adalah sifat khusus bagi Allah sahaja. Selain daripada Allah tidak boleh bersifat dengannya hanya Allah sahaja yang layak bersifat dengan sifat sombong dan takabur.
Bersabda rasulullah didalm hadis qudsinya :-
العظمة ازاءى والكبرياء رداءى فمن بازعنى فيهما قصمته
ابو داود وابن ماجه
maksudnya : kebesaran itu kain sarungku , takabur itu selendangku , maka barang siapa memakai kedua sifat ini nescaya aku binasakan dia . riwayat Abu daud dan Ibni Majah .
Sejarah dunia tidak akan berakhir selagi adanya dunia, begitu juga kemusnahan dan kehancuran sesuatu kerajaan bersilih ganti. Lihat sahaja sejarah abad yang ke19 pemimpin yang mengetuai sebuah kerajaan yang besar seperti nepolean , hitler, jatuhnya empayar soveat membuktikan kepada kita tidak ada yang kekal dialam ini melainkan zat Allah yang maha mulia. Allah s.w.t. jadikan firaun sebagai model pemerintah yang zalim, angkuh dan memperbodohkan rakyatnya disamping itu firaun menyesatkan rakyatnya ciri-ciri yang ada pada firaun itulah dipanggil taghut sebagaimana firmannya pergilah kamu wahai musa kepada berdakwah kepada firaun sesungguhnya dia adalah seorang yang melampaui batas .
اذهب الى فرعون انه طغى
Manakala para penentang taghut seperti nabi musa dan nabi-nabi yang lain adalah simbol kepada perjuangan yang benar bagi jenerasi sekarang dan akan datang mereka juga akan berhadapan dengan penguasa taghut dan kekuasannya dan segala kekuatan yang pasti menyebelahi mereka . Bagi pendokong kebenaran kebiasaannya mereka kekurangan dari segi kekuatan dan peralatan tetapi lebih dari segi semangat, kesunguhan dan keikhlasan.
Kita lihatlah apa yang terjadi kepada firaun dan bala tenteranya tenggelam bersama keangkuhannya di lautan dalam dan apa yang berlaku kepada qarun tenggelam bersama harta kekayaannya. Qarun adalah lambang kepada penguasa yang mengumpul kekayaan negara untuk kepentingan peribadi dan begitu juga yang berlaku kepada namrud lambang kepada pemerintahan kuku besi (diktator) haman menteri kepada qarun adalah menjadi lambang kepada pengikut setia bagi pemerintah yang thagut.
Perjuangan Rasulullah dipenuhi dengan ranjau berduri sirah kehidupan baginda menjadi contoh tauladan bagi umat baginda. Peribadi baginda s.a.w. yang agung yang mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada allah s.w.t. menjadi plat form bagi setiap zaman , tempat dan bangsa untuk mengambil iktibar daripada sirah yang berharga ini. Peristiwa pembukaan kota mekah atau lebih dikenali dengan fathi mekah yang berlaku pada tahun Rasulullah bersama 10,000 tentera masuk ke mekah dengan keadaan merendah diri dan bersyukur kepada allah sehingakan sahabat-sahabat mengatakan kepala Rasulullah bersangatan tunduk seakan-akan hampir mencecah pelana kudanya ini menggambarkan sifat rendah diri Rasullah s.a.w. Walhal selama 20 tahun umat islam dan diri rasulullah dizalimi, malahan ada yang dibunuh kejam. Sepatutnya inilah hari untuk membalas dendam kepada manusia seperti Abu Sufian Ikrimah bin Abi Jahal dan ramai lagi manusia durjana yang sewajarnya dibunuh atau dipenjarakan, namun mendapat keampunan hari itu juga. Hasil daripada sikap Rasululah ini berbondong-bondong kafir quraish memeluk agama Islam. firman Allah s.w.t.
اذا جاء نصر الله والفتح ورايت الناس يدخلون فى دين الله افواجا فسبح بحمد ربك واستغفره انه كان توابا
Arinya : Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong , Maka bertasbihlah dengan memuji tuhan mu dan mohonlah ampun kepadanya sesunguhnya dia maha penerima taubat . 
Surah annasr ayat 1-3.
Pengajaran yang dapat diambil daripada Sirah Rasulullah dan ayat alquran diatas, ialah kemenangan hendaklah diikuti dengan sikap pemaaf dan rendah diri. Kemenangan juga hendaklah disyukuri dengan menghampirkan diri kepada yang maha kuasa yang telah memberikan kemenangan kepada pendokong agama sucinya dan di antara cara untuk menterjemahkan ke syukuran kepada Allah ialah dengan membanyakkan tasbih dan istigfar kepada Allah .
Tanda orang yang beriman adalah dalam setiap tindakan dan keputusan mereka menyandarkan urusan kerja yang telah mereka lakukan kepada Allah s.w.t. mereka berusaha dan berikhtiar dan berdoa dan bertawakal. Jika hasil pekerjaan mereka berjaya sebagaimana dikehendaki, mereka akan bersyukur dengan limpah kurnia Ilahi sebagaimana firman Allah swt
لان شكرتم لازيدنكم ولانكفرتم ان عذابى لشديد
Artinya, jika kamu bersyukur dengan nikmatku nescaya aku tambah nikmatku kepada mu dan jika kamu engkar dengan nikmatku sesungguhnya azabku amat dahsyat.
Dan jika sekiranya hasil pekerjaan mereka gagal atau tidak sebagaimana yang dihajati mereka yang beriman ini akan bersabar dan redha dengan ketentuan ilahi firman Allah swt
واستعينو بالصبر والصلاة ان الله مع الصابرين
Artinya ; minta petolonganlah dengan sabar dan sembahyang sesunguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.
Inilah sifat orang yang sebenar-benar beriman. Bersyukur apabila mendapat kurniaan Ilahi dan bersabar apabila berhadapan dengan bala bencana. Golongan sedimikianlah yang mendapat pengiktirafan Allah dan pujiannya sebagaimana firmannya didalam hadis qudsi
قال رسول الله (ص ) عجبا لامر مؤمن ان امره كله خير وليس ذالك لاحد الا للمؤمن ان اصابته
السرا شكر فكات خير له وان اصابته الضرا صبر فكات خير له
Artinya telah bersabda rasulullah saw, suatu yang mengkagumkan pekerjaan orang mukmin sesunguhnya setiap perkara yang berlaku bagi dirinya adalah kebaikan jika menimpa kepadanya perkara yang ia suka maka ia bersyukur dan jika menimpa kepadanya perkara yang ia tidak suka ia akan bersabar.
Jadi, jelas di sini hakikat yang sebenar disisi Allah, jatuh bangunnya sesebuah kerajaan adalah dengan kehendak yang maha esa. Wirid yang selalu kita ucapkan setiap lepas solat yang berbunyi
قل اللهم مالك الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء
Arinya : katakanlah wahai tuhan yang mempunyai kerajaan , engkau berikan kerajaan kepada orang yang engkau kehendaki dan engkau cabut kerajaan daripada orang yang engkau kehendaki.  Surah al-Imran ayat 26
Wallahua'lam...


Minggu ni tak ada apa yang nak diceritakan. Macam biasalah.. sibuk dengan anak-anak lebih-lebih lagi, kakak yang tengah periksa tu. Nak ulangkaji pelajaran dia, lebih-lebih lagi Matematik dan sains. Maklumlah, ke dua-dua pelajaran tu dalam bahasa Inggeris. Terasa susah sikitlah dia nak faham. Tapi Insyaallah lah dia boleh buat..Hujung minggu ni, kami akan pergi ke rumah wan nya, sebab ada buat Sambutan MaulidurRasul, bergabung dengan penduduk setempat tu dengan Rumah Anak Yatim Darul Izzah. Pelbagai acara yang disediakan seperti perarakan dan berselawat , ceramah dan progam untuk anak-anak seperti pertandingan mewarna dan lain-lain, dari pagi sampai ke malam. Pameran dan gerai jualan pun ada. Tunggu je lah ceritanya nanti...

No comments:

Post a Comment