Sunday, March 29, 2009

Kem Bestari Solat (Fasa 1)

Semalam, Izzah menyertai Kem Bestari Solat untuk tahun 1 hingga 5 di sekolahnya. Program ni bagi memantapkan lagi penguasaan bacaan dan perlakuan di dalam Solat Fardhu anak-anak ni. Kem ni merupakan salah satu program wajib dalam sistem pembelajaran J-QAF.  Program ni diadakan mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Ada tayangan video mengenai solat dan bacaannya, perlakuan solat secara amali, aktiviti mewarna gambar berkaitan dengan solat dan bacaan di dalam solat dan lain-lain lagi. Program ni bagus, kalau diteruskan dan diadakan selalu. Selain kita sebagai ibubapa mengajar mereka di rumah, anak-anak ni seronok mengamalkan secara beramai-ramai bersama kawan-kawan dan sentiasa diulang supaya menjadi kebiasaan dan melatih mereka mengamalkan solat lima waktu. Semoga Kem ini diteruskan pada Fasa yang ke 2. Kalau dibandingkan pada masa dulu, program macam ni kurang diterapkan di sekolah. Sekarang dah jadi satu program wajib pula.. Mudah-mudahan anak-anak zaman sekarang lebih mantap dalam solatnya dan mendapat kesedaran tentang solat ni sejak mereka kecil lagi.

No comments:

Post a Comment