Sunday, March 29, 2009

Ketuanan Islam

Sudah agak lama tak masukkan bahan berunsur ilmiah sebagai bahan bacaan dalam blog ni. Hari ni, Tie tambah lagi satu hasil tulisan Abang Zul dalam Laman Ilmiah ni. Tajuk kali ni ialah...
KETUANAN ISLAM

Islam menjanjikan kepada penganutnya yang bertaqwa kebahagian hidup didunia dan diakhirat serta mendapat kebahagiaan yang abadi sebagaimana firman Allah swt
من عمل صالحا من ذكر او انثى وهو مؤمن فلنحيينهم حياة طيبة ولنجزينهم اجرهم باحسن ما
كانوا يعملون –النمل
97
Artinya : sesiapa yang beramal soleh samaada lelaki mahupun perempuan dan ia dalam keadaan beriman dengan Allah nescaya kami akan hidupkannya dalam keadaan baik dan diakhirat nanti mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt . surah annamli ayat 97.

Islam juga menjamin keselamatan kepada penganutnya dan mereka yang bernaung di bawah sistem undang-undangnya samaada orang Islam mahupun bukan Islam, akan selamat di bawah payung Islam. Sabda Rasulullah saw:
من قال لا اله الا الله عصصم منى الخ
Artinya barang siapa mengucap nescaya terpeliharalah---

Manakala masyarakat bukan Islam, hak mereka adalah terjamin di dalam sesebuah negara yang mengamalkan perundangan islam. Hak mereka untuk menjalankan aktiviti keagamaan, hak mereka untuk mengamalkan budaya , hak mereka di dalam urusan sara hidup kesemuanya ini mendapat jaminan daripada sesebuah negara yang menjalankan sistem Islam . Dan sejarah membuktikan keadilan islam dalam melindungi hak-hak bukan Islam begitu banyak sekali. Contoh yang boleh kita ambil ialah, apabila tentera islam dapat menawan Baitul Muqadis daripada takluk kerjaan Rom, masyarakat kristian yang ramai di sana menyambut kehadiran tentera islam dengan penuh gembira kerana mereka sedar keadilan kerajaaan islam pada masa itu dibawah pemerintahan saidina umar AL- Khatab dan mereka sekian lama ditindas pemerintahan Rom yang seagama dengan mereka. Islam adalah Agama untuk semua manusia. Islam bukan Agama sempit yang berlandaskan perkauman, ianya menjangkau sempadan Geografi dan warna kulit. Kemuliaan disisi Allah adalah bagi hambanya yang paling bertaqwa.
يا ايها الناس انا خلقناكم من ذكر و انثى وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا ان اكرمكم عند الله اتقاكم ان الله عليم خبير– الحجرات 13
Artinya : wahai manusia sesunguhnya kami menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berpuak-puak dan berbangsa-bangsa supaya kamu berkenalan sesunguhnya yang paling mulia disisi Allah ialah yang paling bertaqwa. Sesunguhnya Allah itu sangat mengetahui dan memahami.alhujrat ayat 13.
Sabda Rasulullah saw semasa khutbah widaknya diarafah:
لا فضل لعربى على عجمى ولا لعجمى على عربى ولا احمر على اسود ولا لاسود على احمر ولا
لابيض على اسود الا بالتقوى
Artinya : tidak ada kelebihan orang arab di atas bukan arab, dan tidak ada kelebihan bukan arab di atas orang arab dan tidak ada kelebihan orang berkulit merah di atas kulit hitam dan tidak yang berkulit hitam di atas kulit merah dan juga tidak ada kelebihan yang berkulit putih diatas kulit hitam melainkan yang bertaqwa.
Islam juga menjamin kemuliaan kepada penganutnya. Kemuliaan seseorang dan bangsa hanya wujud jika ianya beramal dengan islam yang sebenar dan menjunjung tinggi prinsip-prinsip yang terkandung di dalamnya. Marilah kita menyingkap sejarah umat islam agar kita tidak termasuk di dalam golongan yang mudah melupai sejarah.
Bangsa Arab khususnya di bumi hijaz, sebelum kebangkitan junjungan besar kita nabi Muhammad saw adalah bangsa yang paling mundur tamadunnya. Masyarakatnya jauh ke belakang jika dibandingkan dengan kerajaan rom dan farsi yang merupakan kuasa besar pada masa itu. Mereka bukan sahaja kolot dari segi pemikiran, sehingga sanggup menanam anak perempuan hudup-hidup, mereka juga miskin. “Kais pagi makan pagi kais petang makan petang”, tetapi apabila tanah hijaz dan bangsa arab menerima islam dan sistem yang terkandung di dalamnya, mereka menjadi maju dan mulia. Malahan, kerajaan besar farsi jatuh ke tangan umat Islam. Islam juga dihormati dan digeruni lawan. Manusia yang dipandang hina seketika dulu kerana berbangsa kulit hitam dan menjadi hamba abdi seperti Bilal bin Rabah akhirnya menjadi mulia apabila menganut Islam dan bersungguh melaksanakannya. Benarlah kata-kata Saidina Umar,
“kami ini adalah satu bangsa yang Allah muliakan selama kami mengamalkan Islam, tetapi apabila kami meninggalkan sistem yang ada di dalamnya, nescaya Allah menghinakan kami.”
Lihatlah apa yang terjadi kepada negara-negara Arab, apabila mereka menolak sistem Islam. Negara israel yang kecil tersepit di celah-celah dunia arab pun mereka tidak mampu menghadapinya? dan negara-negara arab bercakaran sesama sendiri.
Ada beberapa sebab kejatuhan sesuatu bangsa, antaranya ialah pemerintah atau pemimpin yang menjadi duri dalam daging bagi Islam itu sendiri. Mereka yang menjunjung tinggi sistem dan tamadun barat lantas memandang Islam dengan pandangan yang serong dan kolot secara tidak langsung menjadi ejen kepada pelaksanaan sistem sekular di negara-negara Islam.
Keduanya, maklumat yang tidak tepat daripada cerdik pandai khususnya ulama yang mencintai dunia dalam menterjemahkan Islam terhad kepada islam yang hanya untuk ibadat khususi seperti solat dan lainnya. Lantas membantutkan pemikiran umat islam terhadap Islam dan mereka menjadi fobia apabila di sebut negara Islam. Hudud, qisas dan ketiga golongan yang teramai sekali iaitu masyarakat umum , yang tersepit di antara dua golongan tadi iaitu pemimpin dan ulama keduniaan dalam masa yang sama kejahilan dan pengaruh duniawi membuatkan mereka buta dan lalai daripada memahami Islam secara syumul.
Maka Jalan penyelesaian kepada masaalah tersebut ialah kembali kepada Islam yang sebenar yang berlandaskan al–quran dan hadisnya. tidak menjadi salah apabila kita menjadikan sesuatu institusi dan undang–undang untuk memelihara kedudukan sesuatu bagsa kerana sejarah awal Rasulullah pun , baginda mendapat perlindungan daripada bapa saudaranya Abu Thalib yang musyrik dan rasululah juga mendapat jaminan perlindungan sementara daripada seorang musyrikin mekah yang bernama Mutham bin Adi untuk kembali ke Mekah semasa baginda pulang daripada misi dakwahnya diTaif. Nabi Noh a.s juga mengharapkan sokongan dan perlindungan daripada qaumnya ini disebut didalam Al- Quran
لو ان لى بكم قوة او اوى الى ركن شديد
Artinya : jikalau aku untuk menolong kamu mempunyai kekuatan itu, aku dapat berlindung kepada tiang yang kukuh (kaum yang membantunya).
surah hud ayat 80
Manusia walau sebesar mana kuasa sekalipun, setinggi mana pun kedudukan atau semulia mana pun darjat dan sepintar mana aqal, tetap mempunyai kekurangan dan tidak dapat menandingi kekuasaan Allah dan pengetahuan Allah swt. Malahan terkadang seseorang yang diharapkan untuk menggangkat sesuatu bangsa dan memeliharanya tersalah pilih, rupanya musang berbulu ayam dan ialah perosak utama sesuatu bangsa itu dan terkadang dahan yang rapuh disangkakan dahan yang teguh lalu manusia beraut padanya sedangkan islam yang kita warisi sejak sekian lama membuktikan dapat membawa sesuatu bangsa itu ke mercu kegemilangan , diabaikan begitu sahaja.
Kita imbas kembali sejarah di saat umat Islam dirundung malang dan kesedihan dengan berita kewafatan insan yang sangat disayangi Rasulullah saw, ramai yang tidak dapat menerima kenyataan dan berada dalam keadaan tidak ketentuan mujurlah Saidina Abu bakar mententeramkan keadaan dengan katanya, Hai kaum muslimin, barang siapa yang menyembah Muhammad sekarang, Muhammad telah wafat dan barangsiapa menyembah Allah, Allah maha hidup dan tidak akan mati. Daripada peristiwa tersebut membawa makna yang besar untuk kita renungkan.
Sekalipun Rasulullah adalah insan yang paling mulia sekali, namun umat Islam tidak boleh bergantung kepada hayat dan jasad baginda semata-mata. Baginda manusia yang bernwaya dan pasti akan mati. Umat Islam hendaklah melaksanakan dan mengamalkan pengajaran yang baginda tinggalkan di dalam dua kitab sucinya iaitu al-quran dan hadis yang pasti tidak akan mati dan manusia tidak akan tersesat selama-lamanya selagi kita berpegang dengan keduanya. Wallahua’lam..
Firman Allah swt
من كان يريد العزة فلله العزة جميعا اليه يصعد الكلم الطيب والعمل الصالح يرفعه والذين
يمكرون السيات لهم عذاب شديد ومكر اولئك هو يبور –الفاطر
9-10
Artinya : siapa yang menghendaki kemuliaan, maka kemuliaan itu dalam mentaati Allah. Kepadanya disampaikan kalimah yang baik dan amal yang baik diterimanya. Dan orang yang mengatur rencana yang jahat, baginya azab yang berat. Dan rencana jahat mereka akan hancur.
surah alfatir ayat 9-10



1 comment:

  1. assalamualaikum...cantik blog yek...=)ni buke website ni kalau nak wallpaper/latarbelakang yang cantik cantik....http://www.thecutestblogontheblock.com/

    ReplyDelete