Saturday, March 7, 2009

Dua Hari Yang Paling Sibuk

Dua hari yang paling sibuk ni sebenarnya dah lama berlalu, hari Isnin dan selasa lepas. Saja je nak tulis dalam ni supaya jadi pengajaran dan ingatan. Sebenarnya, dua hari ni mengajar Tie erti pengorbanan seorang ibu kepada anak-anaknya jika tiada ayah di samping. Sebab hari tu, betul -betul menguji kesabaran dan meletihkan. Abang Zul pergi ke Seminar Pengajian Talaqqi selama dua hari di Rumah MB di Kuantan dengan anak murid tahfiznya. Penceramahnya ustaz Muhammad Nuruddin Marbu Banjar Almakki dari Indonesia. Sejak ada tiga orang anak ni, tak pernah lagi kena tinggal sorang2 menguruskan anak-anak dan rumahtangga. Barulah terasa susah tanpa bantuan abinya. Itu baru sekejap..
Jadual hari tu, memang penuh.. pagi, hantar Izzah pergi sekolah, lepas tu Muiz pulak, siap je masak, ambil Muiz . Biasanya abi yang ambil kakak, hari tu tentulah umi..lama pulak tunggu dia tu, sebab ada kelas tasmik JQaf.
Sebelah petang, pergi KAFA. Hantar Faiz dulu ke rumah pengasuhnya. Selalunya pergi mengajar dengan abi. Hari tu, Tie je lah dengan budak berdua tu. Sampai di sekolah, dengan kerenah budak kat kelas lagi. Ustaz nya tak ada, lagilah memeningkan kepala.
Petang tu abi call, dia on the way nak balik tumpang kawannya. Anak-anak muridnya tinggallah di sana. Lega lah sikit malam tu abinya ada.. Pagi esok nya, sebelum subuh, abinya dah pergi semula.... maka berulanglah tugas-tugas Tie macam semalamnya berseorangan.. kelam-kabutlah juga jadinya... nak menguruskan Izzah dan Muiz ke sekolah lagi, Faiz dengan ragamnya lagi, mengemas rumah dan masak lagi. Kalau abinya ada, dia boleh juga tolong kemas, terutamanya sapu sampah dan lipat kain, kalau dia ada di rumah, masak pun boleh. Itulah cerita dua hari yang paling sibuk...
Sebenarnya kalau difikirkan semula, itu semua dah memang kerja kita sebagai ibu, menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Tapi, kalau tak ada ketua keluarga ni, perasaan tu jadi lain macam sikit, cepat rasa payah dan mudah mengeluh. Rasanya, mungkin sebab seorang bapa tu, menjadi penguat semangat dan tempat bergantung dalam sesebuah keluarga. Pengajarannya, hargailah orang yang kita sayang dan cuba membiasakan diri dengan kepayahan dan melakukan sesuatu kerja tu dengan sendiri dan tidak terlalu mengharapkan orang lain. 

No comments:

Post a Comment