Friday, March 6, 2009

Diagnosis Penyakit

Semalam bawa si Faiz pergi ke Hospital Temerloh bahagian pediatrik untuk didiagnosis penyakit(kenalpasti) punca dia lambat bercakap dan kurang bergaul dengan orang lain..doktor tu kata mungkin pra Autisme, tapi terlalu awal nak confirmkan, kena melalui beberapa pemeriksaan lagi. Selepas daftar tu dia ok lagi,. Semasa masuk je bilik doktor dia buat tak nak duduk diam. Time doktor nak check tu lah dia buat hal... menangis. Tapi kali pertama ni doktor cuma ambil keterangan dari Tie je.. dia tanya sejarah kelahiran Faiz. Semuanya ok. Perkataan apa yang dia boleh cakap. Tie jelaskan lah semuanya. Akhirnya barulah doktor tu bagi 2 lagi appointment untuk jumpa doktor pakar telinga dan speech therapy unit 16hb 3 ni dengan 1hb 4 nanti selepas tu jumpa semula dengan doktor di klinik pediatrik ni 18hb 6 nanti. Lepas ni, Tie jadi pelanggan tetap Hospital tu lah, mungkin 3 bulan sekali.. Nasib baiklah rumah dekat dengan hospital ni. Tak pelah, ini baru Qada' dan Qadar yang kecil dari Allah. Ada anak orang kat hospital tu, lebih teruk lagi...ada yang berpenyakit kulit, tak boleh berjalan, mata tak nampak , asma dan lain-lain lagi. Faiz ni, sungguhpun dia tak boleh bercakap, tapi Abjad ABC dah kenal dan nak pula sebut huruf-huruf tu dan dia pun Alhamdulillah sihat... kami tunggu je lah, dan terima dengan redha . Insyaallah..

No comments:

Post a Comment