Wednesday, February 22, 2012

PERKEMBANGAN POSITIF




Alhamdulillah, syukur ya Allah.. Bertuah sungguh Faiz dapat menyesuaikan diri dengan dua sekolah dalam satu masa. Sekolah Pra Pendidikan Khas dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Dia dah mula menunjukkan minatnya dalam pembelajaran, pergaulan dan membiasakan dirinya untuk berdikari. Harapan umi dan abi, supaya Faiz mudah mendapat ilmu dan perkembangan yang positif dalam dirinya..
Umi dan abi pilih dua sekolah adalah untuk kebaikannya juga. Di Pra sekolah, Faiz akan dapat elaun khas dan bergaul bersama kawan-kawan istimewanya yang lain. Cikgu pulak dapat menumpukan perhatian untuknya, sebab pelajar di situ cuma 9 orang saja. Tapi, pembelajaran di situ agak terhad, berbanding di PASTI yang sentiasa dalam suasana belajar. Faiz akan pergi sekali atau dua kali seminggu ke Pra.
Di PASTI Faiz dah biasa dengan ustazahnya kerana itulah pengasuhnya masa umi pergi mengajar KAFA. Dia masuk kelas 5 tahun sebab di kelas tu, sukatan pelajarannya tak tinggi sangat. Ada masa dia nak ikut ustazahnya, ada masa tu tak nak..Ikut mood dia je.. Kalau bab menulis, memang dia malas sikit. Tapi kalau bab mengeja, bernasyid atau bacaan surah dan doa, paling dia suka.
Sekarang dia dah banyak nak ikut orang bercakap. Tapi kadang tu perkataan yang dia cakap tu tak kena pada tempatnya dan tak betul sebutannya. Biarlah tersalah cakap pun, asalkan dapat dengar suaranya. Faiz dah mula pandai baca surah2 atau ayat al-quran yang pendek-pendek. Mengira 1-20 dalam 3 bahasa, tapi bahasa arab tak berapa lancar lagi.. Dah mula belajar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya yang lain di PASTI.
Akhir sekali, umi doakan perkembangan positif ini berterusan dan umi tak pernah jemu dan tak akan jemu berusaha untuk kebaikan dan buat yang terbaik untuk anak-anak umi terutama Faiz yang mesti diberi tumpuan yang lebih. Semoga Allah memberkati dan memberikan kekuatan buat umi dan abi. InsyaAllah..

2 comments:

  1. Nama anak saya juga Faiz,Alhamdulillah Faiz puan blh mengikuti pelajaran teruskan usaha puan..

    Ketiga anak saya Autisme juga tapi mampu pergi PDK shj sebab tak boleh urus diri..

    ReplyDelete