1) Tahun Baru
SELAMAT TAHUN BARU 2012.. Semoga tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan, kejayaan dan kenikmatan buat kita semua.. InsyaAllah..
Tahun 2012 ni, bakal menguji kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental Tie. Anak-anak semua akan mula bersekolah, termasuklah Faiz yang akan ke Pra sekolah.. Macammanalah nanti agaknya bila Faiz ke sekolah? kalau dia boleh berdikari dan tinggal bersama guru-guru dan kawan-kawannya di sekolah, alhamdulillah. Kalau tak, kenalah ummi menunggu sehingga habis waktu persekolahan.. Harapan semoga Faiz boleh tinggal di sekolah dan ummi boleh balik nak kemas rumah dan masak tengahari untuk abi dan anak-anak ummi..
Petang, ke kelas KAFA sehingga pukul 5.30. Mujurlah 3 hari dalam seminggu je..
Hari Sabtu, hantar Izzah ke pusat tusyen. Dia dah mula ambil tusyen tahun ni. Mulai pukul 8.00 pagi hingga 1.30 petang.
Tahun ni, ummi sanggup korbankan (kurangkan masa) berblog dan berfacebook demi kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan anak-anak ummi..
2) Umur Baru
Syukur alhamdulillah, sempena hari ulangtahun kelahiranku yang ke 35 (2.1.2012) ku berdoa padaMu,
" Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hamba Mu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezeselamatkan(daripada menimpa hamba-hambaMu), dan balRabbal A'lamin..a yang engkau angkatkan (daripada ki yang Engkau sebarkan, dan mudarat yang Engkaumenimpa hamba-hambaMu), dan fitnah yang Engkau jauhkan (daripada menimpa hamba-hambaMu) dan keburukan yang engkau hindarkan (daripada menimpa hamba-hambaMu)." Amin ya Rabbal A'lamin.
Terima kasih buat yang tersayang, di atas pemberian jam tangan yang istimewa ini
Selamat tahun baru Ati..moga tahun ni lebih baik dr tahun2 sudah..
ReplyDeleteWah..cantiknya jam..pandai jg Abinya memilih ye..:)Ni kira tahun baru jam baru lah ye..