Semalam, bawa Faiz ke Occupational Therapy (Terapi Carakerja) di Hospital Temerloh. Faiz memang seronok kalau ke Jabatan Rehabilitasi tu. Sebab, di sana banyak toy yang menguji minda dan memahirkan pergerakan 'lokomotor' tangan dan otak.
Memang banyak perubahan dalam diri Faiz selepas beberapa kali dia hadir ke sesi terapi cara kerja tu.. Dia lebih tekun, mendengar dan mengikut arahan, daya tumpuannya semakin lama dan setiap kali selesai sesuatu aktiviti atau game yang diberi oleh therapist mesti dia cakap 'good boy' dan yang utamanya juga Faiz dah mula pandai berdikari sikit.. Kalau sampai je ke 'kelas atau bilik' nya tu, mesti dia nak masuk sendiri dengan cikgunya selepas salam dengan umi.. Umi tunggu di ruang menunggu lebih kurang 45 minit.. Good job Faiz.. Lepas ni, Faiz ke Terapi Carakerja sebulan lagi, iaitu selepas raya..
Kita tengok je lah gambar Faiz yang tengah enjoy dengan mainan kegemarannya yang menguji minda ni..
Tekun, memasukkan bentuk-bentuk ke dalam lubangnya
No comments:
Post a Comment