Pondok moden wan dan aki
papantanda yang menarik, mengandungi kata-kata nasihat ..
Izzah dan kak Humairah
Muiz, Faiz dan buaian antik
Dalam perjalanan ke pondok nenek, Faiz nak duduk belakang dan pakai 'seatbelt'
1) Pondok nenek..
Pagi Sabtu lepas, Tie berkesempatan bawa anak-anak ke pondok neneknya di Pangsenam.. Boleh dikatakan memang tiap-tiap minggulah kami ke sana, tapi minggu ni, anak-anak lebih gembira kerana ada sepupunya daripada Kuantan balik dan tidur di 'rumah comel' neneknya tu..
Masa kami sampai tu, nenek sedang bergotong-royong membersihkan sekitar kawasan pondok tu.. Dan sepupu-sepupunya masih didalam pondok neneknya, baru nak sarapan pagi.. Hari tu adalah sedikit durian kampung yang kami bawa untuk bagi orang Kuantan tu merasa..
Macam biasalah, kalau pergi ke pondok nenek tu, sekejap je budak-budak nak duduk diam dalam rumah nya, lebih-lebih lagi Faiz yang lebih suka bersiar-siar di sekeliling rumah pondok tu.. Tak boleh dibiarkan jalan sorang diri, bimbang 'tersesat'. Jadi, uminya lah yang kena ikut ke mana dia pergi.. Sekejap sangat dapat berborak dengan kak tik yang jarang-jarang balik tu.. Selepas tu, sempatlah anak-anak naik buaian antik yang diikat pada sebatang pokok. Best jugak..
Pukul 12 tengahari tu, kami pun baliklah.. Sempat sekejap je budak-budak tu berjumpa dan bermain.. Kak tik pun dah bersiap untuk balik, sebab abang Ro banyak kerja yang perlu disiapkan.. Ma pulak ada kelas bahasa Arab slepas Zohor sampai Petang..
Ma nampak gembira bila anak-anaknya balik ke kampung menjenguknya walaupun sekejap.. Hilanglah sikit rasa rindu kepada anak-anak cucunya.. Harap-harap bulan Ramadahan yang bakal menjelang nanti lebih membahagiakan ma dan semoga sihat selalu dan dapat melakukan ibadah dengan tenang dan khusyuk..
2) Ke pondok wan dan aki
Selepas balik dari pondok nenek, kami ke pondok wan dan aki pula.. Di Darul Izzah ada jamuan makan sempena tahlil dan penyampaian sedikit sumbangan seperti beras, kurma dan beberapa barang harian yang lain untuk diberikan kepada anak yatim dan orang-orang tua di pondok Baitul Maab, Darul Izzah.. Abinya sebagai AJK dah datang awal sebelum kami sampai. Semasa kami sampai, orang di sana sedang tahlil.. Lepas tahlil kira-kira pukul 1 tengahari, kami pun menjamu selera, resepinya ialah kari kambing, masak asam ikan patin dan ikan talapia bakar.. Best.. Rajin betul orang-orang tua situ bergotong-royong memasaknya..
** Sekarang tengah mewah dengan durian, dah puas makan bolehlah buat tempoyak..
InsyaAllah semua boleh merasa nanti..
Assalamualaikum Tie,
ReplyDeleteSeronok yer bawa anak-anak balik kampong. Musim durian pulak tu.
Tentulah gembira datuk dan nenek, anak cucu balik.
Waalaikummussalam.. Alhamdulillah, memang seronok. Tapi kampungnya dekat dengan rumah je..
ReplyDelete