Monday, June 13, 2011

Kem Muslim Bestari 2011



Sungguh bertuah rasanya, anak-anak telah berpeluang mengikuti Kem Muslim Bestari yang diadakan di Darul Amin Sg Gau pada 7,8 dan 9 Jun lalu. Walaupun Kem tersebut dikhaskan kepada pelajar berumur 9-12, tapi pelajar yang berumur 7 dan 8 tahun turut sertainya, termasuklah Muiz yang paling muda. Pada mulanya berat hati untuk mengizinkannya, tapi oleh kerana dia bersungguh sungguh untuk sertai, maka pada hari kedua dapatlah juga dia sertai dengan jayanya. Lebih kurang 40 peserta yang menyertainya.. Program tiga hari tu, padat dengan aktiviti berkumpulan yang bermanfaat dan Riadhah bermodul. Di sepanjang Kem tu, mereka solat berjemaah dan juga praktikal solat dhuha serta Qiamullail.

Dengan bayaran penyertaan cuma RM 20, sangat memberi keuntungan. Izzah dan kawannya daripada kumpulan 'Mukmin Power' diberi cenderamata Jus Tok Guru dan Pelembut Hati Tok Guru sebagai hadiah kumpulan terbaik.Tahniah kakak.. Peserta yang lain juga dapat setiap seorang Pelembut Hati Tok Guru tu.. Memang berbaloi.. Bukan sahaja dapat ilmu dan pengalaman, malah mereka dapat hadiah yang boleh dimanfaatkan bila balik rumah. Muiz juga harus diberi pujian kerana walaupun dia yang paling muda, tapi dia berani untuk laungkan azan maghrib pada masa kem tu..

Kem tersebut banyak memberi kesedaran dan kesan yang positif kepada anak-anak.. Terutama Izzah yang dah tak tinggal solat 5 waktu sejak balik dari Kem tu.. InsyaAllah akan berterusan.. Muiz semakin rajin solat dan bertambah rajin ke masjid bersama abinya.. Alhamdulillah, semoga kedua-duanya sentiasa menunjukkan nilai-nilai terpuji dan akhlak mulia samada dengan keluarga, orang ramai atau rakan-rakan mereka... InsyaAllah.

Muiz dengan kakak Fasi..


Ceria semuanya




mendengar kuliah

Solat berjemaah


menyanyi nasyid

Aktiviti bekumpulan

Ini saja gambar yang sempat di upload dalam blog ni.. Dalam Facebook ada banyak lagi. Cukuplah sekadar untuk tatapan dan kenangan, InsyaAllah kalau ada kem atau program yang lain, mereka akan sertai lagi..

4 comments:

  1. penat juga kak fasi yang mengupload sume gambar2 ni dalam fb. hehehe. maklom lah. sume kene resize. 200 gambar di upload dalam fb, sume sy kene resize kan. alhamdulillah. terlaksana juga nk upload, memandangkan ramai juga yang mengharap pict di upload kan;)

    ReplyDelete
  2. Wah..bestnya lah tgk Muiz ngan Izzah. bolehlah join lagi lainkali..mmg nampak mereka pun suka tu..:)

    ReplyDelete
  3. faci yang bergambar dengan muiz tu adik usrah acu masa kat khairiah..kalau tanya dia mesti kenal acu=) dulu acu buat program untuk dia..sekarang dia buat program untuk ank sedare acu pulak=)

    ReplyDelete
  4. Halawatul Insyirah - Salam ukhwah.. Terima kasih, banyak upload gambar masa Kem tu di facebook..

    Kak - InsyaAllah, lain kali kalau ada program yang bagus macam tu, memang nak suruh diaorang join lagi.

    acu - Eloklah tu, dulu acu berkongsi ilmu dan pengalaman dengan dia, sekarang dia pulak memanfaatkan ilmu tu untuk budak-budak lain..

    ReplyDelete