Thursday, May 5, 2011

Pesta Buku & Kenduri @ KL

Pada hari Sabtu dan Ahad lepas Tie bersama anak-anak, Izzah dan Muiz telah ke Kuala Lumpur untuk menziarahi Yan dan Min di Damansara Damai yang baru menimang cahayamata mereka yang ketiga.. Disamping tu, ada kenduri di rumah bapa saudara, ayah tang di Semenyih yang melangsungkan perkahwinana kedua-dua orang anaknya, Bella dan Mai..

Ini adalah kali pertama Tie meninggalkan Faiz dengan abinya di rumah dalam masa yang lama iaitu dua hari.. Alhamdulillah semuanya baik dan ini memudahkan perjalanan dan tak mendatangkan banyak masalah kepada kami sepanjang berada di KL.. Faiz pun sangat serasi dan tak banyak ragam bila bersama abinya tu..

Terima kasih buat Min yang berkesempatan membawa kami jalan-jalan terutamanya ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC yang penuh sesak pada hari terakhir tu, walaupun kesuntukan masa. Sebelum tu, Min sibuk ke Klinik membawa Affan yang baru berusia 25 hari waktu tu untuk buat check up di klinik kerana selesema dan Yan yang ada masalah allergic selepas bersalin..

Di bawah adalah gambar yang dapat diambil untuk kenangan buat anak-anak sepanjang berada di sana..

1) Pesta Buku Antarabangsa PWTC ( Ahad 1 Mei 2011)

Anak-anak gembira bersama Upin Ipin


Inteam Publishing boleh tahan juga meriah nya pada hari terakhir tu

Berlatar belakangkan poster Maher Zain

Gaya yang sama.. PEACE

2) Kenduri di Semenyih ( 1 Mei 2011 )

Pengantin yang berseri-seri dan disambut dengan meriah pada hari tu

3) Rumah Min di Damansara Damai ( 30 April dan 1 Mei 2011 )

Bersama Affan yang semakin sihat

Kakak Izzah pun teringin nak pegang baby

Anak-anak menghabiskan masa dengan bermain PS2..
(Kalau tak bagi main diaorang kata jemu..)

No comments:

Post a Comment