Di Santuari Gajah dan Deerland Kuala Gandah, Lancang...
Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga ke Bukit Damar, Lancang untuk sertai Majlis Sukan Ilmiah SAR dan KAFA Daerah Temerloh. Tie dan abinya kena bawa anak murid ke sana untuk sertai pelbagai acara pertandingan iaitu Nasyid (Izzah masuk), Hafazan & Tilawah al-Quran, Tulisan Khat dan Azan. Kami pergi dengan tiga buah kenderaan dan pelajar seramai 17 orang pelajar. Ada 30 buah sekolah KAFA dan SAR yang menyertainya.
Walaupun tak menang acara-acara tersebut, tapi semua berpuas hati dan dapat menimba pengalaman yang menarik di sana. Kami juga berkesempatan jalan-jalan ke Santuari Gajah dan DeerLand di Kuala Gandah, Lancang yang tak jauh daripada Bukit Damar tu.
Faiz yang seronok tengok kakak-kakak bagi deer yang lapar tu makan...
No comments:
Post a Comment