Muadz bin Jabal r.a memberitakan Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud :
" Sesungguhnya sebagus-bagus usaha itu ialah usaha para peniaga (usahawan) dimana, Apabila bercakap mereka tidak berdusta, apabila mereka diamanahkan, mereka tidak khianati, apabila mereka berjanji, mereka tidak mungkiri, apabila mereka membeli, mereka tidak mencela (barangan, sebagai helah menurunkan harga ) apabila mereka menjual, mereka tidaklah memuji, apabila mereka menanggung hutang, mereka tidak menangguh (untuk membayarnya), dan apabila mereka memberi hutang, mereka tidak menyusahkan (menagih kekerasan )."
Hadis Riwayat al-Baihaqi dan as-Sayuti dalam al-Jami'asshaghir.
Hadis di atas menjadi panduan buat sesiapa sahaja yang menjadi usahawan atau peniaga. Apa yang penting barang yang kita jual atau keluarkan tu, mestilah halal dan memberi faedah pada orang lain dan kita perlu ada sifat jujur, benar dan amanah demi untuk mendapat keredhaan Allah dan mengikut cara urusniaga Nabi Muhammad saw. InsyaAllah, berjaya.
Inilah Tie sekarang, seronok berniaga baju muslimah. Mula asalnya, sekadar menolong adik dan suaminya menjual. Akhirnya timbul minat pulak bila barang tu laku dan dapat permintaan pulak daripada kawan-kawan yang berminat untuk menjualnya pulak. Kiranya sekarang jadi pengedar kecil-kecilanlah di Temerloh ni.. InsyaAllah perniagaan ni mendapat sambutan ramai memandangkan pakaian muslimah ni memang diperlukan dan laris jualannya sekarang.
Walaupun banyak juga saingannya, tapi Tie jual dengan harga terendah antara RM 28 hingga RM 32. je. Bukan nak untung sangat, sekadar dapat pulang modal, untung sikit pun tak pe. Apa yang penting kita mengajak orang lain menutup aurat dan berniaga itu memang dituntut dan digalakkan oleh Rasulullah, sebagaimana terdapat hadis yang bermaksud , "Sembilan daripada sepuluh sumber rezeki adalah melalui perniagaan "
INGATLAH , PENAMPILAN DIJAGA, AURAT TERPELIHARA..
ni pun kira ibadah jugak
ReplyDelete